SEREMBAN: Satu lokasi pembuangan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.
Beliau berkata lokasi itu dipercayai digunakan sebagai tempat penyeludupan dan penyimpanan minyak diesel secara haram manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan telah menyita sebuah tangki minyak berkenaan.
"Saya dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah ke lokasi pembuangan minyak diesel ini. Saya difahamkan lokasi ini sebagai tempat penyeludupan dan penyimpanan minyak diesel secara haram.
"Saya difahamkan ia masih dalam proses siasatan. Suspek terlibat telah membuang minyak diesel ke dalam longkang, akhirnya mencemarkan Sungai Linggi. Akibat pencemaran ini, LRA terpaksa ditutup selama dua hari baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Veerapan menyifatkan insiden pencemaran bau diesel di LRA Sungai Linggi, yang berulang dua kali dalam tempoh sebulan itu merupakan perbuatan jenayah alam sekitar, susulan itu pengawasan terhadap aktiviti industri berkaitan dengan sumber air sungai berkenaan sedang ditingkatkan.
Media sebelum ini melaporkan beberapa kawasan di Port Dickson dan bandar raya ini mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan masalah sumber air mentah berbau diesel di LRA itu pada Sabtu dan 7 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
![Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702367961_TBPencemaranjpg.jpg)
Lokasi itu dipercayai digunakan sebagai tempat penyeludupan dan penyimpanan minyak diesel secara haram. - Gambar/ Bernama
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
Sanggup mati enggan serah bumi Gaza
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura Secured Technologies (Sapura) dan syarikat berpangkalan di Turkiye, Aselsan A.S. (Aselsan) telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
"Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan" - Mazuin Hamzah
Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan. Itu kata penyanyi terkenal era 80-an, Datuk Laila Utama Mazuin Hamzah di pertandingan akhir Gegar Vaganza musim ke-11.
![LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714990813_SEREMBAN.jpg)
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
![Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702367961_TBPencemaranjpg.jpg)
Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan
Satu lokasi pembuangan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.
![LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702187696_syarikatairnegeri.jpg)
LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas
Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan sumber air mentah berbau di LRA Sungai Linggi.
![Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604839933_SAINS.jpg)
Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini
Penduduk di kawasan Seremban dan Port Dickson dijangka menerima bekalan air terawat selewat-lewatnya Rabu ini secara berperingkat.