KUALA LUMPUR:Dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan melupus dan melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang.
Chai Kin Sang, 62, dan anaknya Chai Wern Teik, 31, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua lelaki itu didakwa telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada premis FG Autoparts Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Batu Arang, Rawang dekat sini antara 17 dan 19 Okt lepas mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh juga didakwa dengan niat bersama telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel serupa ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BACA: Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa
BACA: Pencemaran Sungai Selangor: Air dari saluran longkang ke Sungai Gong berwarna merah
Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Selayang menaiki van polis pada 8.13 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.
“Kes ini adalah kes pencemaran kedua berlaku di Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan enam juta penduduk di sekitar Lembah Klang tidak ada air selama beberapa hari.
“Sekiranya mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan saya, saya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM2 juta bagi setiap tertuduh berserta syarat-syarat tambahan,” katanya.
Peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak-anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.
“Kedua-dua tertuduh adalah penanggung utama keluarga yang masing-masing menanggung isteri serta tiga dan dua anak.
“Selain itu, mereka juga bersedia untuk dikenakan sebarang syarat tambahan. Anak-anak guam saya juga tidak ada risiko untuk melarikan diri,” katanya.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin, masing-masing RM400,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak dibenarkan menganggu saksi-saksi pendakwaan.
BACA: 17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
BACA: Lagi kes pencemaran Sungai Selangor, 1,292 kawasan alami gangguan bekalan air
Mahkamah juga menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Lebih 20 wakil media tempatan berada di depan pintu mahkamah seawal 7 pagi sebelum dibenarkan masuk pada 8.10 pagi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 pagi 19 Okt lepas, menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 TON (ukuran kadar bau).
Media sebelum ini melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Pada 15 Sept lepas, empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat dihadapkan ke mahkamah sama berhubung pelepasan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Pertuduhan terhadap Chai Kin Sang (kiri) dan Chai Wern Teik dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air terputus. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.

Pencemaran bau: Empat LRA kembali beroperasi
Bagaimanapun, masih terdapat gangguan bekalan dan tekanan air rendah di beberapa kawasan.

Akhirnya 'Pak Itam' pergi
Buaya tersebut dipercayai mati dalam tiga hingga empat hari berdasarkan kepada keadaan fizikalnya.

Selangor bina infrastruktur salur air mentah dari kolam secara sistematik - Exco
Katanya projek berbentuk langkah jangka masa panjang jaminan sumber air kepada ketiga-tiga negeri itu dijangka siap akhir tahun ini.

Empat sungai di Selangor dalam kategori bersih
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan status Indeks Kualiti Air (IKA) di empat sungai di Selangor dikategorikan sebagai bersih sehingga 1 Mac lepas.

Perhilitan siasat penemuan buaya di Sungai Selangor
Sungai itu secara umumnya memang merupakan habitat semula jadi buaya tembaga dan penduduk kampung sedia maklum mengenai kehadiran buaya di situ.

Penduduk gempar 'Abang Besar' muncul
Perhilitan Selangor mengesahkan sungai di kampung itu memang terkenal dengan habitat buaya.

Pencemaran Sungai Selangor: Pengusaha, pekerja kolam ikan keli ditahan
Empat daripada suspek merupakan warga Indonesia berusia lingkungan 28 tahun hingga 47 tahun yang merupakan pekerja.

Bekalan air di 861 kawasan di Lembah Klang pulih sepenuhnya
Kesemua kawasan tersebut telah menerima bekalan air stabil sejak jam 3 pagi tadi.

Air Selangor: Kolam ternakan ikan keli punca pencemaran - Exco
Kolam ternakan ikan keli di sini dipercayai menjadi punca pencemaran air di Sungai Selangor.