REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Beliau berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi 'orang politik.'
"Ada orang tanya bagaimana pula orang politik, sistem berbeza tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji, kaji sekali, kalau penjawat awam tak ada, orang politikpun tak ada tapi ia tertakluk kepada kelulusan di Parlimen. Kalau jadi dan Kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan (di Parlimen),
"Kalau ada kebetulan Ahli Parlimen nak tolak, itu dia tolak la, saya bentangkan sebab dari segi tanggungjawab moral, bagaimana boleh kita bentangkan kepada awam dengan alasan kukuh dari segi ekonomi tetapi diberikan pengecualian kepada orang politik, sukar saya mahu rasionalkan.
"Saya belum bentang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk perbincangan awal tetapi kalau mereka mahu elaun khas lain sebagaimana penjawat awam, kita boleh bincang tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenal dasar, itu kita perlu bersama," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Anwar juga berkata cadangan memansuhkan sistem pencen penjawat awam disuarakan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an namun ia tidak dilaksana.
Beliau berkata isu itu perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi sekali gus memastikan penjawat awam tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.
"... tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.
"Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu? Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
![Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706794375_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi 'orang politik.' - Gambar FB Anwar Ibrahim
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734592572_TBipsos.jpg)
Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.
![Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729644945_DrMuhammadMohan.jpg)
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
![Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726666098_SivamuruganPandian.jpg)
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
![Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725343011_tbMohdShuhailyMohd.jpg)
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
![Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724908155_KetuaPolisNegara.jpg)
Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
![Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714465953_TBPengarahLHDNj.jpg)
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
![Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709879482_Anwar.jpg)
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707371940_TBSAARANIAWANI.jpg)
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
![Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706794375_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
![Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706336776_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.