KUALA LUMPUR: Hanya penceramah mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dibenarkan mengadakan kuliah di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, semua masjid dan surau diminta mematuhi ketetapan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Menurutnya, pengurusan masjid dan surau juga perlu merujuk Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 serta pekeling semasa yang ditetapkan.
Tambahnya, langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.
"Masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah memastikan semua penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan serta kekal sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pengurusan masjid dan surau berdepan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut.
"Masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan.
"Masjid tidak seharusnya menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat," ujarnya.
Isu tauliah mengajar mula menjadi topik hangat selepas pembatalan kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UIA) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Februari lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Shahzihan Ahmad menerusi maklum balas berhubung perkara tersebut memberitahu, UAI tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.
Katanya, pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.
Ia disusuli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang turut memberi peringatan sama bahawa semua pemimpin dan aktivis politik di negeri tersebut tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 16 2023

Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, semua masjid dan surau diminta mematuhi ketetapan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. - Foto Sinar Harian

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Perak tangguh kebenaran penceramah agama di masjid, surau
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menangguhkan sementara sesi mengajar dan syarahan oleh sebahagian besar penceramah, termasuk luar negara, berkuat kuasa serta-merta.

Pulau Pinang beri pengecualian tauliah kepada tokoh ternama
Pengecualian itu beserta syarat tidak mengajar fahaman yang bertentangan ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak sentuh kedudukan Raja-raja.

Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - Jawi
Langkah tersebut bagi memastikan institusi berkenaan ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

Video penceramah agama hina polis adalah video lama - PDRM
Semakan mendapati penceramah terbabit telah dituduh di mahkamah Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.

Isu tauliah: MAINPP akan jumpa penceramah termasuk Kazim Elias Isnin ini
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang sebelum ini tidak dibenarkan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu di negeri ini.

Lebih 20,000 ikuti syarahan Dr Zakir di UTeM mengenai cabaran kemanusiaan
Lebih 20,000 menghadiri syarahan penceramah terkenal Dr Zakir Naik di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini malam ini.