Pencerobohan kawasan hutan simpan seluas kira-kira 500 hektar di sekitar kolam takungan Bukit Merah dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.
Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.
"Fungsi zon penampan ini untuk menyimpan air pada musim kemarau dan apabila Empangan Bukit Merah menyusut, air dari sini akan mengalir ke dalam kolam takungan.
"Pencerobohan menyebabkan ekosistem pemendapan di dasar tasik menjadi cetek dan apabila hujan lebat ia menyebabkan banjir kerana pokok yang menjadi penampan air telah ditebang," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pencerobohan bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) di sini.
Empangan Bukit Merah menjadi sumber air tanaman sawah padi seluas 22,000 hektar di daerah Kerian dan membekal air minuman kepada lebih 200,000 penduduk termasuk keperluan industri di Kamunting, Taiping.
Menurut Noor Azmi yang juga Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Bagan Serai, langkah pembenihan awan dan menaik taraf kolam Bukit Merah hanya sia-sia jika pencerobohan itu tidak diatasi.
"Saya telah mohon kepada kerajaan untuk menjadikan kawasan hutan simpan ini sebagai tapak ramsar untuk pemulihan alam sekitar sekaligus mengekalkannya sebagai kawasan tadahan," katanya.
Sementara itu, Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia Meor Razak Meor Rahman berkata terdapat beberapa tempat di Pondok Tanjung dan Kampung Selamat di sini yang sebelum ini menjadi punca bekalan air ke kolam Bukit Merah, telah diceroboh.
"Kebanyakan kawasan yang diteroka ialah rizab tasik Bukit Merah yang menjadi zon penampan simpanan air," katanya.
Beliau menarik perhatian apabila berkata pihaknya mendapati kira-kira 1,400 hektar hutan simpan Pondok Tanjung telah dinyahwartakan untuk ternakan kambing Boer.
Bernama
Sun May 01 2016

Kesan penyusutan air Empangan Bukit Merah bukan sahaja boleh menjejaskan sektor pertanian malah pelancongan dan kehidupan seharian penduduk. - Gambar fail

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid
Kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.

Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Operasi Pembenihan Awan bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan MetMalaysia.

Paras air Empangan Bukit Merah surut, penduduk gesa pembenihan awan segera
Selain mencetuskan hujan, ia sekali gus bagi memastikan bekalan untuk minuman dan pengairan sawah tidak terjejas.

Empangan Bukit Merah: Penyusutan air mungkin akan kerap berlaku pada masa depan
Jika tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pengairan sawah padi, dan kegunaan domestik harian penduduk di seluruh negara.

Pencerobohan hutan simpan punca Empangan Bukit Merah terjejas
Pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.

Bekalan air ke Terusan Besar Bagan Serai dikurangkan
Paras semasa air di empangan itu adalah 6.10 meter dan jika mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pengurangan perlu dilakukan secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.