Kisah pengorbanan mak cik Mala yang memelihara 130 kucing terbiar mendapat perhatian sekumpulan anak muda yang terdiri daripada 20 orang pencinta kucing.
Inisiatif yang mereka lancarkan di Facebook berjaya mengumpul lebih 100 kg makanan kucing dan ubat-ubatan untuk kucing peliharaan mak cik Mala.
Kumpulan terbabit turut merancang menubuhkan persatuan bagi memudahkan penyaluran dana bagi membantu insan-insan istimewa seperti mak cik Mala.
Kisah pengorbanan mak cik Mala atau nama sebenarnya, Normala Daud dari Senai, Johor disiarkan Astro Awani pada 13 Jun lalu.
Demi kasih sayang terhadap haiwan itu, mak cik Mala berkorban bagi memastikan nasib kucing terbiar terbela.
Sejak 6 tahun lalu, beliau telah membela 130 kucing yang dikutip di jalanan atau ditinggalkan orang ramai.
Matlamat mak cik Mala hanya satu, beliau tidak sanggup melihat kucing dianiaya.
Susulan daripada penyiaran kisah mak cik Mala, 20 anak muda ini menggerakkan inisiatif bagi meringankan beban mak cik Mala memelihara kucing tersebut.
Mereka yang datang dari sekitar Johor Bahru melancarkan kutipan amal dan sebarang bantuan yang boleh dihulur di Facebook.
Bagi salah seorang sukarelawan, Norzianah Othman, pengorbanan mak cik Mala telah memberi kesan kepada beliau.
Kisah mak cik Mala, memberi inspirasi kepada mereka untuk turut sama mengambil tanggungjawab memastikan nasib kucing terbiar mendapat pembelaan sewajarnya.
Astro Awani
Sun Jun 16 2013
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Suspek letak kucing dalam guni telah diambil keterangan - DVS Selangor
DVS telah mengambil keterangan beberapa individu disyaki terlibat dalam memasukkan sebilangan ekor kucing yang masih hidup ke dalam guni.
Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
Tular: Kucing mati putus kaki, perut terbelah di UM bukan akibat didera
Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan dibunuh kejam oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho.
Pemandu tidak sedar kucing tergantung ketika mahu bawa ke klinik haiwan
Pengadu hanya sedar haiwan berkenaan berada dalam keadaan tergantung selepas sampai di klinik dan bertindak membukakan ikatan di lehernya.
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan anugerah khas kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.