SAINTIS yang menjadi tulang belakang kepada penciptaan vaksin COVID-19, AstraZeneca, Profesor Sarah Gilbert dan organisasi kesihatan, Pakatan Vaksin Global (GAVI) diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2022.
Ahli Jawatankuasa Yayasan Anugerah Keamanan Sunhak, Dr Yun Young-ho berkata, pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.
Young-ho ketika berucap pada acara pengumuman Hadiah Keamanan Sunhak 2022 yang diadakan secara maya, pada Isnin.
“Apabila kita melihat hasil kerja Profesor Sarah Gilbert, beliau telah melakukan kajian terhadap vaksin AstraZeneca dan menyediakan pada harga asas tanpa sebarang keuntungan supaya semua orang boleh mendapatkannya.
“Beliau faham vaksin adalah hak asasi manusia. Begitu juga dengan GAVI.
"Organisasi ini telah melakukan usaha yang hebat untuk menyediakan vaksin kepada negara yang memerlukan,” katanya ketika acara pengumuman Hadiah Keamanan Sunhak 2022 yang diadakan secara maya, pada Isnin.
Dalam pada itu, acara tersebut turut mengumumkan pemenang anugerah Kehormat Khas Pengasas Hadiah Keamanan Sunhak 2022 kepada Perdana Menteri Kemboja yang juga Pengerusi ASEAN, Samdech Techo Hun Sen.
Young-ho berkata, pengiktirafan terhadap Hun Sen itu diberikan atas usaha pemimpin tersebut dalam memajukan penyatuan secara aman semenanjung Korea dan pada masa sama turut membawa keamanan kepada rantau asia pasifik serta asia tenggara.
Hadiah wang tunai, pingat dan plak Anugerah Keamanan itu akan disampaikan semasa Sidang Kemuncak Keamanan di Semenanjung Korea 2022 anjuran Universal Peace Federation (UPF) dan Kerajaan Diraja Kemboja yang akan diadakan di Korea Selatan pada 12 Februari ini.
Anugerah Keamanan Sunhak yang diadakan secara dwitahunan bermula pada 2013 memberi penghormatan kepada individu atau organisasi yang menunjukkan perkhidmatan luar biasa kepada keamanan dan kesejahteraan global dalam satu daripada tiga bidang iaitu pembangunan manusia mapan, penyelesaian konflik atau pemuliharaan ekologi.
Antara individu pernah memenangi Hadiah Keamanan Sunhak ialah bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban-Ki Moon, Ban Ki Moon dan Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Afrika, Akinwumi Ayodeji Adesina.
Dalam pada itu, Young-ho yang juga Ketua Pengarah UPF memaklumkan persidangan kemuncak penyatuan semenanjung korea itu akan membabitkan pelbagai sesi dan program yang telah disediakan berkaitan usaha penyatuan kawasan tersebut..
Katanya, antara individu hadir ialah Hun Sen yang juga merupakan Pengerusi Bersama sidang tersebut, Ki Moon dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 07 2022

Sarah Gilbert - Foto University of Oxford

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.

‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.

KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.