Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini.
Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.
Dalam kenyataan pada Selasa, KWSP berkata suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata pembukaan pendaftaran i-Suri itu susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018, minggu lepas.
Beliau berkata individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.
Kenyataan itu berkata statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman sesawang www.kwsp.gov.my serta kunjungi mana-mana cawangan KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 14 2018
Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP. - Gambar hiasan
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Buruh sekali lagi didakwa tipu bantuan eKasih
Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu dan memperdaya seorang warga emas berkaitan bantuan eKasih.
82,892 permohonan IPR diterima sehingga hari ini - Kementerian Ekonomi
Sejumlah 82,892 permohonan telah diterima bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga hari ini dengan 33,501 daripadanya adalah individu daripada kategori berpendapatan rendah.
123,243 keluarga miskin berdaftar dengan eKasih
Pemutihan dan pengemaskinian data sentiasa dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar layak dan tiada lagi tercicir daripada menerima bantuan.
Masiung minta JPM beri penjelasan berhubung indeks kemiskinan di Sabah
Daerah Tongod yang terletak dalam kawasan DUN Kuamut dan Parlimen Kinabatangan merupakan daerah paling luas di Sabah.
COVID-19: 81,000 dalam senarai eKasih akan terima bantuan bakul makanan di Sabah
Proses perolehan bakul makanan untuk penerima eKasih telah dibuat pusat kawalan operasi bencana daerah terlibat dan mula diagihkan semalam.
eKasih bantu kurangkan beban penduduk akibat COVID-19
Portal itu menjadi pilihan utama penduduk selepmanfaatnya dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.
Lebih RM42 juta bantu nelayan dalam lima bulan pertama tahun ini
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata elaun bulanan sebanyak RM250 itu disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Pasaraya, peruncitan, perhotelan diharap sertai program Bank Makanan - TPM
Beliau berkata program itu akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa pertama melalui pelaksanaan projek perintis yang dimulakan pada Ogos sehingga Disember 2018.
Pendaftaran i-Suri KWSP bermula hari ini
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini.