STUTTGART: Seorang pendaki berusia 34 tahun disyaki terjatuh dari ketinggian 150 meter (m) di Banjaran Alps Jerman berhampiran Berchtesgaden dan meninggal dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut polis pada Isnin, mangsa dipercayai mengikuti laluan yang sering ditanda pada peta telefon bimbit tetapi sebenarnya tidak wujud.
Di kawasan "berbatu dan berumput, lelaki itu mungkin tergelincir dan kemudian jatuh di atas batu sekurang-kurangnya 150 m," menurut kenyataan itu.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Lelaki dari bandar barat Siegen di negeri North Rhine Westphalia itu belum pulang dari pendakian ke puncak Hoher Laafeld pada Sabtu. Atas sebab itu, pemilik tanah menghubungi polis pada Ahad.
Bersama pasukan penyelamat gunung, mereka menemui mayat lelaki yang hilang itu pada ketinggian 1,880 m dari paras laut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Mangsa dipercayai mengikuti laluan yang sering ditanda pada peta telefon bimbit tetapi sebenarnya tidak wujud. -Gambar hiasan/Unsplash
Isu Ham: Cecelia Yap mohon maaf
Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini tampil memohon maaf.
Agenda AWANI: WEF2025 | Malaysia Peneraju Pendigitalan ASEAN
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini menjadi peneraju utama dalam mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan. Diskusi #AgendaAWANI 830 mlm ini.
JSJ Bukit Aman tubuh pasukan audit teliti statistik jenayah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri seluruh negara bagi menilai sejauh mana kadar indeks jenayah yang direkod memaparkan situasi di lapangan.
Kes Faisal Halim tidak pernah ditutup, tiada petunjuk baharu - Pengarah JSJ
PDRM menegaskan kes simbah asid melibatkan pemain bola sepak Faisal Halim tidak pernah ditutup dan masih dijalankan siasatan.
InRealty: Skyria, Rumah Mampu Milik Di Lokasi Strategik
Skyria, sebuah projek perumahan yang sesuai untuk pembeli rumah pertama & golongan muda.
Polis selesai siasat anak menteri
Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri.
Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.
Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.
Polis serah kertas siasatan isu jenaka 'ham' kepada Pejabat Peguam Negara esok
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka 'ham' yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.
Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.
Pendaki maut terjatuh dari ketinggian 150m Banjaran Alps Jerman
Mangsa dipercayai mengikuti laluan yang sering ditanda pada peta telefon bimbit tetapi sebenarnya tidak wujud.