KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan berhubung Projek Jana Wibawa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan bekas perdana menteri itu didengar di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ini berikutan kes salah guna kedudukan Presiden Bersatu itu bermula di Mahkamah Sesyen dan masih kekal di mahkamah itu selepas ia diperintahkan dikembalikan semula oleh Mahkamah Rayuan pada 28 Feb lepas.
"Rayuan tertinggi bagi kes di Mahkamah Sesyen adalah di Mahkamah Rayuan sahaja mengikut Seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
"Pihak pendakwaan akan membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan prosiding kes ini sehingga rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan," katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.
Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan pihaknya telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 29 Feb lepas untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
"Kami memohon untuk menangguhkan dan akan memfailkan permohonan untuk menangguhkan sementara prosiding kes salah guna kedudukan ini (yang kini sedang didengar di hadapan Azura)," katanya.
Azura kemudian menetapkan tarikh 3 April ini bagi sebutan kes untuk mengetahui perkembangan rayuan berkenaan.
Pada 28 Feb lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan pendakwa raya selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkenaan pada 15 Ogos 2023.
Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
![Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709531943_MUHYIDDINYASINMAH.jpg)
Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
![Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
DOJ beri jaminan bahawa ia tetap komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan ketat.
![Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734667580_YoonSukYeol.jpg)
Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas
Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas.
![Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan - Syahredzan Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan - Syahredzan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666814396_SyahredzanJohan.jpg)
Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan - Syahredzan
Ia sementara menunggu proses perkenan diraja, pewartaan dan penentuan tarikh kuatkuasa bagi pindaan-pindaan tersebut.
![Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718598072_ferrari.jpg)
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
![Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723534963_TBBunuhTawau.jpg)
Pendakwaan akan buktikan 13 remaja pukul pelajar kolej vokasional sebelum meninggal dunia
Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif berkata bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah kecederaan dada dan tisu lembut disebabkan objek tumpul.
![Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Lim Guan Eng Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723807570_LimGuanEng.jpg)
Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Lim Guan Eng
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan yang dikemukakan pasukan pembelaan.
![Penjaga rumah amal GISB dituduh esok Penjaga rumah amal GISB dituduh esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724051625_KetuaPolisNegara.jpg)
Penjaga rumah amal GISB dituduh esok
Lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.
!['Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi 'Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
'Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi
Pengadu berkata dia berasakan Lew merosakkan dirinya dengan memperdayakannya secara halus sehingga terikut-ikut dengan kemahuan tertuduh.
![Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724769523_tbkesEbitLew.jpg)
Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.
![Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709531943_MUHYIDDINYASINMAH.jpg)
Pendakwaan akan bantah permohonan Muhyiddin tangguh kes sementara rayuannya didengar
Pihak pendakwaan bagi kes salah guna kedudukan dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan kes itu sehingga rayuan difailkan.