Pihak pendakwaan hari ini menarik balik rayuannya terhadap pembebasan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada tuduhan memfitnah.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan sidang tiga anggota panel hakim, membatalkan rayuan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan pembebasan Tian Chua.
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.
Dengan perkembangan itu, pembebasan Tian Chua atau Chua Tian Chang dikekalkan kerana Mahkamah Rayuan merupakan tempat terakhir bagi pendakwaan untuk merayu memandangkan kes itu bermula di Mahkamah Sesyen.
Pada 2 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Tian Chua daripada tuduhan menghasut selepas menolak rayuan pendakwaan.
Pesuruh jaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan mengambil keputusan bahawa pendakwaan gagal membuktikan yang Tian Chua telah menyebut kata-kata fitnah berhubung pencerobohan di Lahad Datu dalam sebuah portal berita.
Pada 14 Nov 2014, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang melepaskan dan membebaskan Tian Chua, 52, di peringkat kes pendakwaan tanpa di dipanggil membela diri.
Tian Chua dituduh menghasut dengan menyatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu merupakan rancangan konspirasi UMNO untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, dekat Jalan Yew di sini, kira-kira 11 pagi, 1 Mac 2013.
Tian Chua yang hadir semasa prosiding itu diwakili peguam Eric Paulsen.
Bernama
Thu Jul 14 2016
![Pendakwaan tarik balik rayuan terhadap pembebasan Tian Chua tuduhan hasutan Pendakwaan tarik balik rayuan terhadap pembebasan Tian Chua tuduhan hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437628325_TIANCHUA.jpg)
Pesuruh jaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan mengambil keputusan bahawa pendakwaan gagal membuktikan yang Tian Chua telah menyebut kata-kata fitnah berhubung pencerobohan di Lahad Datu dalam sebuah portal berita. - Gambar fail
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736347948_ceciliaala.jpg)
Iran bebaskan wartawan Itali Cecilia Sala
Sala dibebaskan berikutan usaha diplomatik dan risikan oleh pihak berkuasa Itali.
![Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735572354_DrHussam.jpg)
Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza
Tedros Adhanom Ghebreyesus desak agar Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia, dibebaskan dengan serta-merta.
![Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734614132_TBpenjara.jpg)
Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.
![Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243345_TBRAYUAN.jpg)
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
![Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616839674_PRISONJAIL.jpg)
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
![Rampasan kuasa Myanmar: Jepun gesa Suu Kyi dibebaskan Rampasan kuasa Myanmar: Jepun gesa Suu Kyi dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612218926_AungSanSuuKyi.jpg)
Rampasan kuasa Myanmar: Jepun gesa Suu Kyi dibebaskan
Tokyo turut menentang langkah rampasan kuasa oleh tentera pada Isnin, menyifatkannya satu tindakan terkebelakang.
![Keputusan kerajaan UAE yang amat memalukan Keputusan kerajaan UAE yang amat memalukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597713458_IsraelCOVID.jpg)
Keputusan kerajaan UAE yang amat memalukan
Beberapa tokoh kebudayaan Arab dan Palestin juga telah mengambil keputusan untuk memboikot majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan UAE pada masa-masa akan datang.
![Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71580739843_Doktor.jpg)
Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
![Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551434684_RafiziRamli.jpg)
Dedah maklumat sulit: Pendakwa raya tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi, Johari
Pihak pendakwaan juga menarik balik rayuan terhadap pembebasan bekas kerani bank, Johari Mohamad daripada pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rafizi.
![Mesir bebaskan tahanan Hamas Mesir bebaskan tahanan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551398093_palestinian.jpg)
Mesir bebaskan tahanan Hamas
Ketua Hamas Ismail Haniyeh mengumumkan pembebasan tahunan itu pada Khamis dan berterimakasih kepada Mesir sebaik pulang dari lawatan selama tiga minggu ke negara itu.