KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.
"Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini," katanya.
Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Izralizam kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 November ini sama ada membebaskan Siti Bainun atau memerintahkan tertuduh membela diri.
Nor Azizah turut memaklumkan bahawa pendakwaan telah menawarkan 15 saksi kepada pembelaan antaranya bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun sekiranya tertuduh diperintah membela diri.
Pada prosiding hari ini, Siti Bainun diwakili peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif
Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan media, barisan peguam pemerhati hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran perbicaraan kes tersebut.
"Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap prosiding mahkamah dan berharap keadilan akan dapat ditegakkan buat anakanda Bella pada akhir kes ini dan kejadian yang menimpa Bella ini tidak boleh dibenarkan berlaku lagi dalam masyarakat kita," menurut kenyataan itu.
Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lepas dan antara saksi pendakwaan ialah Bella, bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Hakim memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan di akhir kes pendakwaan pada 24 November ini. - Gambar fail
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.
Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Tindakan Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.
Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.
Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu mahkamah bahawa dakwaan dia telah mendera Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.
Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.
Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok
Bella akan menyambung keterangannya esok dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Kes Siti Bainun: Bella hadir beri keterangan secara tertutup
Bella memberi keterangan di Mahkamah Sesyen sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali.