SIBU: Sarawak mengalami trend kenaikan dalam jumlah pendapatan isi rumah bulanan, apabila ia mencecah RM3.9 bilion pada 2022 berbanding RM3.7 bilion pada 2019.
Berita baik mengenai kenaikan sebanyak 5.4 peratus yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menerusi Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah itu dikongsi bersama pihak media oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini pada Isnin.
Beliau melawat Projek Pembangunan Semula Kampung Datu petang semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri (SDCCM) Kali Keempat 2023 pada sebelah pagi.
Beliau berkata dalam tempoh tiga tahun, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan di negeri ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.4 peratus, meningkat daripada RM5,959 pada 2019 kepada RM6,457 pada 2022.
Pada masa yang sama, median pendapatan isi rumah bulanan juga mengalami kemajuan yang signifikan, mencecah RM4,978 pada 2022, berbanding RM4,544 pada 2019 (pertumbuhan 9.6 peratus).
Purata pendapatan isi rumah kasar bulanan di kawasan bandar di Sarawak meningkat daripada RM7,243 pada 2019 kepada RM7,744 pada 2022 (6.9 peratus) dan dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan di kawasan luar bandar meningkat daripada RM4,218 kepada RM4,579 (8.6 peratus).
"Saya gembira bahawa statistik tersebut menunjukkan trend pertumbuhan positif dalam purata pendapatan isi rumah kasar bulanan bagi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar yang mengalami peningkatan lebih tinggi sedikit dalam pendapatan isi rumah kasar.
"Ini mempamerkan usaha kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan pertumbuhan inklusif di seluruh negeri," katanya.
Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada RM4,544 pada 2019 kepada RM15,000 sebulan ketika negeri ini menuju ke arah sebuah negeri maju menjelang 2030 dan Premier Sarawak percaya negeri ini berada di landasan yang betul, seperti yang dibuktikan oleh Bank Dunia yang mengiktiraf Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi.
"Selain itu, status berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia juga berkait rapat dengan hasil kami yang mana Sarawak mencatatkan hasil sebanyak RM11.9 bilion, prestasi tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah negeri ini," kata Abang Johari.
Dengan hasil yang meningkat itu, Sarawak telah menaikkan siling Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Sarawak daripada RM30 bilion kepada RM38 bilion bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur di seluruh wilayah untuk memudahkan pembangunan sosioekonomi yang inklusif.
Melalui siri program-program pembangunan berimpak tinggi yang disasarkan, Sarawak berhasrat untuk memupuk masyarakat yang mana tiada siapa yang ketinggalan dan peluang boleh diakses oleh semua.
Beliau berkata kerajaan Sarawak juga turut melabur dalam pembangunan modal insan bagi memastikan rakyatnya dilengkapi dengan kemahiran yang betul untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada RM15,000 sebulan menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Abang Johari percaya mereka berada di landasan yang betul, seperti yang dibuktikan oleh Bank Dunia yang mengiktiraf Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol
Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.

Pembangunan di Sabah, Sarawak harus dipergiat untuk rapatkan jurang kurangkan ketidaksamaan sosioekonomi
Pembangunan di Sabah dan Sarawak harus dipergiat untuk merapatkan jurang serta mengurangkan ketidaksamaan sosioekonomi khususnya dalam kalangan Bumiputera di kedua-dua negeri.

Basmi kemiskinan, kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi
Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan tumpu usaha seimbangkan inflasi, pendapatan isi rumah - Rafizi
Langkah memperkenalkan dasar gaji progresif bagi sektor awam dan swasta merupakan salah satu usaha untuk mengawal keseimbangan inflasi.

Pendapatan isi rumah di Sarawak catat trend menaik - Abang Johari
Dalam tempoh tiga tahun, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan Sarawak tumbuh 8.4 peratus, meningkat kepada RM6,457 pada 2022.

Abang Johari optimis pendapatan isi rumah Sarawak meningkat sebelum 2030
Menerusi projek metanol yang bakal beroperasi awal tahun depan, sektor pembuatan dijangka mengalami lonjakan.

Kerajaan wujudkan PADU, perkemas maklumat pelaksanaan subsidi bersasar - PM Anwar
Kerajaan mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) isi rumah dalam menggabungkan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar
Setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan.

Pertingkat keupayaan pendapatan isi rumah, perkasa tenaga buruh
Keupayaan pendapatan isi rumah merupakan antara aspek yang perlu diberi tumpuan bagi membolehkan sektor lain digerakkan.