SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa 18 Mac 2020 yang lalu kini telah masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan disambung sehingga 9 Jun 2020, antara golongan yang terjejas dalam konteks sosial, ekonomi dan norma kehidupan adalah golongan belia.
Jika dilihat daripada komposisi belia Malaysia yang merujuk statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019, jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 30 tahun adalah dianggarkan seramai 9.2 juta yang mewakili 27.8 peratus daripada keseluruhan 32.6 juta penduduk Malaysia.
Semestinya golongan belia merupakan kelompok yang sangat terkesan di sebalik tempoh PKPB dan dalam masa yang sama memerlukan pendayaupayaan sosial pasca COVID-19.
Dari sudut sosial, golongan belia terhad untuk melakukan aktiviti di luar rumah seperti melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan di luar, ke sekolah atau ke kuliah, keluar ke tempat yang menarik, melaksanakan hobi atau melakukan aktiviti kecergasan fizikal di luar rumah seperti kebiasaan.
Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018 menunjukkan golongan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun merupakan komposisi terbesar kecenderungan melakukan aktiviti fizikal dan sukan.
Namun begitu, persoalannya bagaimana golongan belia perlu mengubah rutin kendiri yang menjadi kebiasaan kepada rutin baharu yang perlu dibiasakan?
Sedar atau tidak, peranan besar golongan belia Malaysia dapat dilihat sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Ramai golongan belia menjadi barisan hadapan dalam membendung penularan COVID-19 melalui agensi kerajaan yang terlibat misalnya KKM, agensi penguatkuasaan seperti PDRM, ATM dan agensi kerajaan yang lain dan pihak swasta yang terlibat.
Keterlibatan pelajar perubatan dari dalam dan luar negara serta sejumlah besar sukarelawan dalam kalangan belia yang tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 wajar untuk dicontohi.
Tidak kurang juga penglibatan dari golongan belia yang terlibat dalam kerja sukarela yang bernaung dibawah badan bukan kerajaan (NGO). Mereka juga terlibat membantu masyarakat dengan menjadi pengantar makanan yang ditempah secara maya. Sumbangan besar golongan belia di barisan hadapan ini menjadi bukti golongan belia merupakan tulang belakang kepada negara.
Berdasarkan dapatan Kajian Outcome Indeks Belia Malaysia 2017 mendapati kecenderungan belia kepada penggunaan internet adalah tinggi dan golongan belia didapati mampu menghabiskan masa antara 7 hingga ke 8 jam secara purata dalam sehari dengan internet dan media sosial.
Fakta menarik, 88% golongan belia menggunakan internet dan media sosial untuk tujuan hiburan. Semestinya golongan belia perlu untuk menjadi aktif bagi memastikan mereka sihat.
Namun, dalam mengharungi PKP, bukan semasa-mata perlu aktif, malah golongan belia perlu kekal untuk menjadi positif.
Kunci kekuatan golongan belia untuk menyerlahkan potensi diri adalah menggunakan sepenuhnya aset iaitu kelebihan yang dimiliki oleh golongan belia.
Untuk menjadi belia yang positif, terdapat dua aset utama yang golongan belia boleh gunakan untuk menyerlahkan diri mereka iaitu aset individu dan aset ekologi.
Aset individu merupakan kekuatan dalaman belia yang meliputi kekuatan kognitif, emosi dan tingkah laku manakala aset ekologi adalah aset luaran seperti jaringan sosial, jaringan institusi dan individu disekeliling. Kedua-dua aset tersebut diperlukan dalam membentuk belia positif.
Pematuhan golongan belia dengan tidak melanggar arahan PKPB dapat membuktikan nilai patriotisme dan memupuk nilai disiplin serta semangat sayangkan negara.
Pada masa yang sama, tempoh PKPB memberi lebih ruang kepada golongan belia untuk melakukan perkara yang tidak sempat untuk mereka lakukan sebelum ini dek kerana kekangan masa kerana tuntutan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, pekerja, menguruskan perniagaan dan sebagainya.
Golongan belia boleh melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat di rumah dengan melakukan sesuatu yang tidak berpeluang untuk dilakukan sebelum ini.
Sebagai ibu bapa, tempoh PKPB boleh diisi dengan pengukuhan nilai sosial dan adab kepada anak remaja mereka kerana pendidikan sebenarnya bermula dari rumah, selain daripada memberikan sokongan emosi kepada mereka.
Selain itu, golongan belia boleh menggunakan waktu yang terluang ini untuk mendalami ilmu agama, membaca Al Quran, membaca sebanyak mungkin maklumat umum samada melalui buku atau bahan bacaan yang diperolehi dari internet untuk menambah ilmu pengetahuan.
Pada waktu terluang ini juga, golongan belia boleh mengukuhkan aset dalaman dengan meneroka pembelajaran dan latihan dalam talian yang merupakan norma baharu serta mengasah kemahiran pengucapan yang secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri.
Pada masa yang sama, mantapkan kemahiran golongan belia dengan aplikasi perisian seperti Microsoft Word, Excel, Power Point, perisian pengubahsuaian grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, perisian suntingan video, aplikasi maya dan sebagainya yang mana kemahiran ini amat diperlukan pada masa kini, baik dalam sektor pekerjaan atau pendidikan.
Dalam menempuh fasa pasca pandemik COVID-19 iaitu selepas berakhirnya tempoh PKPB nanti, golongan belia perlu mempersiapkan diri dalam menempuh cabaran utama yang merangkumi cabaran ekonomi, sosial, teknologi dan politik.
Oleh yang demikian, usaha pengukuhan aset dalaman sepanjang PKPB penting sebagai persediaan golongan belia untuk membina aset luaran. Yang secupak takkan jadi segantang, yang sehasta takkan jadi sedepa.
Tempoh PKPB ini merupakan platform yang terbaik untuk berusaha menyerlahkan potensi mereka sebagai usaha pendayaupayaan sosial golongan belia pasca COVID-19.
* Penulis adalah Pensyarah Kanan (Pembangunan Belia), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mohd Mursyid Arshad
Fri May 15 2020
Di Malaysia, jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga 30 tahun adalah dianggarkan seramai 9.2 juta yang mewakili 27.8 peratus daripada keseluruhan rakyat. - Gambar hiasan
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Belanjawan 2023: Dana RM10 juta untuk Yayasan Restu edar cetakan naskhah al-Quran
Dana sebanyak RM 10 juta akan disalurkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20 ribu naskah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.
Bakar al-Quran: Bukti negara barat gagal pelihara demokrasi - Penganalisis
Insiden pembakaran al-Quran di Sweden membuktikan negara barat gagal memelihara demokrasi.
Pendayaupayaan sosial belia semasa pandemik COVID-19
Usaha pengukuhan aset dalaman sepanjang PKPB penting sebagai persediaan golongan belia untuk membina aset luaran.
13 qari terbaik dunia berkumpul di Bangi perdengar bacaan Al-Quran
Ia adalah julung kali diadakan dan bukan suatu yang mudah untuk mempertemu dan mengumpulkan qari-qari hebat dalam satu acara dan satu malam bagi memperdengarkan bacaan mereka.
Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun
Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun.
"Bayangkan 9 kali berat badan menekan dada" - Sheikh Muszaphar
Oktober bukan saja dianggap pesta hantu bagi masyarakat Barat tapi ia suatu yang istimewa kepada angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Surah Yusuf rahsia awet muda Nassier Wahab
Sebelum ini beliau juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan.
Ramadan seharusnya memadam api ketaksuban politik pasca PRU
Ketibaan bulan Ramadan sejurus selepas Malaysia melalui detik pilihan raya paling gempar, tentunya membawa rahmat tersendiri.