KUALA LUMPUR: Industri Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) mencatatkan pendedahan kredit atau baki jumlah tertunggak sebanyak RM1.42 bilion pada akhir suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat sebanyak 34 peratus dari akhir tahun 2023.
BNPL menyumbang sebanyak 0.07 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang isi rumah pada akhir 2023.
"Sebanyak 3.8 peratus pemegang akaun BNPL yang aktif terlepas pembayaran mereka dan direkodkan sebagai tertunggak pada akhir S1 2024 berbanding 5.8 peratus pada akhir S1 2023," kata Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) dalam laporannya pada Jumaat.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa majoriti daripada 3.7 juta pemegang akaun BNPL adalah mereka yang bekerja, berusia di antara 21 dan 45 tahun.
Lebih daripada 700,000 peniaga menggunakan perkhidmatan BNPL, dengan diguna pakai terutamanya dalam tiga sektor iaitu makanan dan restoran, runcit dan pengangkutan.
"Kebanyakan peniaga yang menggunakan BNPL beroperasi dalam talian tetapi kini peniaga fizikal atau kedai telah meningkat, mencapai 12 peratus pada S1 2024," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
![Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024 Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705552568_TBkomisenpenghanta.jpg)
Lebih daripada 700,000 peniaga menggunakan perkhidmatan BNPL, dengan diguna pakai terutamanya dalam tiga sektor iaitu makanan dan restoran, runcit dan pengangkutan. - Gambar hiasan
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bantuan ke Gaza meningkat, tapi masih tertangguh - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa aliran bantuan ke Gaza meningkat sejak gencatan senjata bermula bulan lalu, termasuk barangan seperti khemah yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Israel.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
RM30 juta geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kolaborasi antara pihak kementeriaan, persatuaan , NGO dan penggiat industri yang minat dengan karya agung negara boleh membantu usaha memperlihatkan kecantikan karya agung negara di mata dunia.
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Kerajaan belum beri lesen tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat baharu untuk laksana perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor Fasa Pertama.
"Gugurkan bom nuklear dan biarkan semuanya berakhir" - penduduk Gaza
"Kami tidak akan meninggalkan Gaza" , itu tegas seorang penduduk Gaza, Manal Al-Khaldi, yang menemani anaknya untuk menjalani rawatan di Mesir.
![Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739336540_RaulAsencio.jpg)
Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio
Rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio untuk menamatkan siasatan terhadap peranannya dalam skandal video penderaan seks kanak-kanak ditolak oleh mahkamah Sepanyol.
![Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024 Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705552568_TBkomisenpenghanta.jpg)
Pendedahan kredit BNPL berada pada RM1.42 bilion pada suku pertama 2024
BNPL menyumbang sebanyak 0.07 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang isi rumah pada akhir 2023.