KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih holistik dan komprehensif bagi menangani isu miskin tegar selewat-lewatnya akhir April ini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kerajaan meletakkan komitmen yang amat tinggi untuk menyelesaikan isu berkenaan, justeru pendekatan baharu itu akan mengambil kira segala input daripada pemimpin tempatan selain penduduk setempat.
Jelasnya, di peringkat awal pelaksanaan pendekatan baharu itu, kerajaan akan memilih sebanyak 80 lokaliti di seluruh negara.
"Kalau dulu umpamanya pendekatan kita tidak diselaras, kita work in silo. Kali ini (pendekatan) lebih holistik dan komprehensif.
"EPU (Unit Perancangan Ekonomi) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sudah memulakan proses ini dengan melakukan sesi libat urus dengan semua kerajaan negeri dan dua hari lepas, kita dah maklumkan kepada semua menteri besar dan ketua menteri tentang inisiatif ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai langkah serta strategi kerajaan dalam menangani isu miskin tegar di seluruh negara, khususnya di Sabah, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, menjawab soalan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai Sabah yang jauh ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur serta kadar kemiskinan dan kos hidup yang tinggi, Mustapa berkata terdapat usaha khusus memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Beliau berkata bagi mempercepatkan pembangunan di negeri yang kurang membangun, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas kerajaan Persekutuan diagihkan kepada negeri berkenaan, termasuk Sabah.
"Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi bagi membincangkan dengan terperinci dan menyelesaikan isu serta permasalahan yang dihadapi Sabah dan Sarawak berhubung pembangunan sosioekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.