KUALA LUMPUR: Pelbagai objektif yang ingin dicapai oleh kerajaan di bawah inisiatif MyDIGITAL adalah seiring dengan apa yang diperlukan hari ini dan pihak-pihak yang terlibat tidak bekerja secara berasingan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) dan beberapa majlis dan jawatankuasa di peringkat tertinggi, selepas itu dipengerusikan oleh perdana menteri dan menteri lain yang menguruskan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sains dan lain lain.
"Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, beliau memutuskan bahawa kita harus melihat semua jawatankuasa sedia dan menyusun kembali objektif sehingga ia selaras dengan apa yang diperlukan hari ini.
"Disebabkan kami telah memutuskan untuk membentuk platform baharu yang dinamakan Majlis Ekonomi Digital Nasional dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang juga dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kami mempunyai satu lagi majlis, ia dipanggil Majlis Sains, dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dua atau tiga majlis ataupun jawatankuasa kabinet lain yang turut dipengerusikan oleh Perdana Menteri," katanya.
Saifuddin berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan secara maya pada forum yang dihoskan oleh syarikat gergasi teknologi China, Huawei sempena Mobile World Congress 2021 (MWC21) di Shanghai pada Isnin.
Pada satu ketika, Malaysia mempunyai tiga atau empat majlis yang berkaitan dengan sains dan teknologi tetapi sekarang negara ini hanya mempunyai dua.
Beliau berkata bagi memastikan tindakan susulan itu bersifat holistik, inklusif dan berkesan dan pihak-pihak terlibat tidak bekerja secara sendirian, kerajaan telah menyelaraskan fungsi majlis-majlis tertentu supaya tidak berlaku pertindihan kerana terdapat banyak perkara yang sedang berlaku.
"Sebab itu, MyDIGITAL dilancarkan. Seterusnya kami membawa semua kementerian dan agensi berkaitan untuk bekerja di bawah Majlis Ekonomi Digital Nasional dan Majlis 4IR, justeru kami mempunyai kumpulan yang berbeza," katanya.
Saifuddin berkata beliau bertanggungjawab terhadap kluster infrastruktur dan data manakala Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pula bertanggungjawab bagi teknologi baharu, sementara menteri lain bertanggungjawab kepada kluster bakat (kemahiran).
"Ada kluster masyarakat, ekonomi dan Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab atas kluster mengenai kerajaan," katanya.
"Kami berharap ia adalah pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menguruskan perkara berkaitan teknologi.
"Tiada jaminan bahawa kami tidak akan bekerja secara bersendirian pada masa depan tetapi sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyatukan semua orang bekerja sebagai sebuah pasukan," katanya.
MyDIGITAL menetapkan inisiatif penyatuan dan hasil yang disasarkan untuk disampaikan melalui enam teras strategi, 22 strategi, 48 inisiatif nasional dan 28 inisiatif sektor, yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa hingga tahun 2030.
Enam teras strategik itu memacu transformasi digital dalam sektor awam, meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, membangunkan infrastruktur digital, membangunkan pekerja berkemahiran dalam digital yang cekap, mewujudkan masyarakat digital yang inklusif serta membangunkan persekitaran digital yang dipercayai, selamat dan beretika.
Dengan pelaksanaan MyDIGITAL, kerajaaan mensasarkan bagi menarik pelaburan sebanyak RM70 bilion dalam digitalisasi, memastikan bahawa 875,000 perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan platform e-dagang dan mencipta sebanyak 500,000 pekerjaan baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Saifuddin berkata dengan pelaksanaan MyDIGITAL, kerajaaan mensasarkan bagi menarik pelaburan sebanyak RM70 bilion dalam digitalisasi.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar
K-KOMM memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital
Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menjadi kesinambungan daripada inisiatif MyDigital bagi mempercepat pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.

Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain
Kerajaan atau pihak regulator digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.

MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin
MyDigital merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat negara ini.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.M