LABUAN: Pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinanti-nantikan sekian lama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan kita komited untuk meneroka kaedah alternatif bagi memastikan jambatan ini direalisasikan," katanya pada sesi bertemu rakyat di sini pada Ahad.
Fadillah berkata pembangunan di seluruh pulau juga penting dan mencadangkan supaya sebuah bandar baharu dibuka di Labuan bertujuan bukan sahaja meningkatkan populasi, tetapi juga merangsang aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan.
"Dengan pertambahan penduduk dan aktiviti ekonomi, kita menjangkakan minat yang tinggi daripada pelabur yang ingin menyumbang kepada pembinaan jambatan itu," katanya.
Fadillah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut mengadakan perbincangan dengan beliau berhubung aspirasi penduduk Labuan yang mahukan cadangan jambatan itu menjadi kenyataan.
"Semasa perbincangan kami, saya sampaikan kepadanya perkara ini yang telah dibincangkan dalam Kabinet dan saya sedar bahawa Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan jambatan ini," katanya.
Fadillah berkata usaha sebelum ini termasuk pengeluaran Permintaan untuk Cadangan (RFP), tiada satu pun yang mematuhi sepenuhnya keperluan kementerian berkaitan menyebabkan perkara itu tidak diluluskan Kabinet.
Sementara itu, beliau berkata Labuan mendapat perhatian khusus daripada kerajaan Persekutuan berikutan beberapa isu yang belum diselesaikan menjejaskan penduduk di pulau ini, sepertimana dibincangkan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini susulan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Labuan pada Disember tahun lepas.
"Tanggungjawab saya adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan bekalan elektrik dan air ... lawatan kerja hari ini di sini bertujuan mendapat maklumat daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Bahagian Bekalan Air Labuan," katanya.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata Labuan turut dicadang menjadi kawasan angkat kementeriannya, menunjukkan bahawa kerajaan komited menyelesaikan isu berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Fadillah berkata, terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan. - Foto fail/BERNAMA
Beberapa jalan di George Town ditutup mulai 10 Feb sempena Thaipusam
Beberapa jalan utama di bandar raya George Town akan ditutup mulai 10 pagi 10 Feb hingga 12 tengah malam 12 Feb, bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan perak sempena Thaipusam.
AWANI Borneo [6/2/2025] – Lokasi kritikal dikenal pasti | Tangani isu kulat | Empat dalang ditahan
AWANI Borneo Khamis, 6 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
16 lokasi tanah runtuh di Belaga dikenal pasti
Hospital Sibu terima peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi tangani isu kulat
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan di Tawau
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Jambatan Labuan di fasa akhir kajian kebolehlaksanaan - Annuar Musa
Kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Borneo, khususnya Sabah, kini di peringkat akhir, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.