Perdana Menteri United Kingdom David Cameron memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan gerakan kesederhanaan terhadap ekstremisme.
Beliau berkata inisiatif Najib berjaya memberi inspirasi dan menyatukan masyarakat di seluruh dunia.
"(Perdana Menteri) Najib, pemimpin yang dipilih semula, telah merintis Gerakan kesederhanaan global (GMM) dalam menyatukan dan memberi inspirasi kepada rakyat di seluruh dunia untuk memerangi ekstremisme," katanya dalam ucapan khasnya pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kesembilan di sini pada Selasa.
Pada 2010, Najib menggesa penganut dan pemimpin agama utama dunia supaya menolak dan menentang ekstremis mereka sendiri dan menyertai gerakan GMM.
Konsep itu diperjelaskan lagi oleh Perdana Menteri pada platform berprestij termasuk Pusat Oxford bagi Kajian Islam, East-West Center, Mesyuarat Asia-Eropah selain Sidang Kemuncak Asean.
Pada Persidangan Antarabangsa GMM pertama di Kuala Lumpur pada awal 2012, Najib menggesa penubuhkan Yayasan GMM.
Ia berperanan sebagai pusat pertama dalam menyebarkan maklumat mengenai konsep kesederhanaan dalam menangani ekstremisme dalam lima bidang termasuk kewujudan bersama secara aman, demokrasi dan peraturan undang-undang, kewangan, pendidikan dan penyelesaian konflik.
Dalam perkembangan lain, Cameron turut memuji komitmen Najib terhadap perniagaan bersama Britain dengan menyediakan pelaburan baharu berjuta pound dan beratus pekerjaan baharu di sini dan Kuala Lumpur.
"Dalam beberapa tahun akan datang, saya berharap kami dapat melihat berbilion pound pelaburan baharu dalam pelbagai sektor di mana United Kingdom cemelang dalam hartanah dan perumahan sehingga kepada aeroangkasa dan sains hayat," katanya.
Selain Cameron, lebih 16 ketua kerajaan atau ketua negara hadir pada perhimpunan terbesar pemimpin dalam sejarah WIEF, yang pertama kali diadakan di luar negara Islam.
Najib dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan Cameron selama sejam hari ini di No 10, Downing Street, bagi menroka lebih banyak kemungkinan untuk kedua-dua negara mengembangkan dagangan dua hala kepada lapan bilion pound menjelang 2016.
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Sementara itu, Putera Mahkota Bahrain Putera Salman Hamad Al-Khalifa juga memuji ucapan Najib yang menyentuh mengenai pengukuhan potensi ekonomi menerusi pemerkasaan wanita.
"Walaupun ia tiada kaitan dengan tajuk yang akan saya ucapkan nanti, saya yakin asas masyarakat demokratik ialah isi rumah yang demokratik, pengupayaan dan persekitaran yang produktif untuk semua gender.
"Terima kasih tuan kerana anda sangat berani dan sangat tepat," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum.
Bernama
Wed Oct 30 2013
![Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51383098136_295x200.jpg)
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
![Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699876454_DavidCameron.jpg)
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Cameron juga menyeru agar konflik dan pertikaian yang berlaku dalam krisis antara Israel dan Hamas, segera ditamatkan.
![UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/41460262704_DavidCameron.jpg)
UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan
"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka."
![Setiausaha Luar Britain bertemu Presiden Palestin Setiausaha Luar Britain bertemu Presiden Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700871293_TBDavidCameron.jpg)
Setiausaha Luar Britain bertemu Presiden Palestin
Cameron menyatakan kesediaan Britain menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$37 juta kepada Gaza.
![Disebut-sebut bakal PM UK: Siapa Liz Truss, wanita kelahiran Oxford ini? Disebut-sebut bakal PM UK: Siapa Liz Truss, wanita kelahiran Oxford ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660776500_TBLizTruss.jpg)
Disebut-sebut bakal PM UK: Siapa Liz Truss, wanita kelahiran Oxford ini?
Penduduk dunia terutama warga Britain kini menanti pengumuman pelantikan Perdana Menteri baharu menggantikan Boris Johnson yang meletak jawatan pada 7 Julai lalu.
![Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619684518_BorisJohnson.jpg)
Projek ubah suai rumah Perdana Menteri UK disiasat
Spekulasi mengatakan perbelanjaan untuk mengubah suai rumah Boris Johnson adalah RM1.14 juta, walaupun geran yang diperuntukkan hanya RM171,000.
![Presiden EU dakwa PM UK berbohong semasa kempen Brexit Presiden EU dakwa PM UK berbohong semasa kempen Brexit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571976841_TBJEANCLAUDE.jpg)
Presiden EU dakwa PM UK berbohong semasa kempen Brexit
Terlalu banyak "pembohongan" yang dilakukan mengenai realiti Eropah semasa kempen referendum itu, kata Juncker dalam satu forum di Brussels.
![May offer to quit fails to move key opponents of her Brexit deal May offer to quit fails to move key opponents of her Brexit deal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71543194447_TheresaMay.jpg)
May offer to quit fails to move key opponents of her Brexit deal
British Prime Minister Theresa May offered on Wednesday to quit in a bid to get her European Union divorce deal passed.
![Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496588128_newspaper.jpg)
Cari media tradisional untuk berita sebenar - forum
Giles Kenningham yang merupakan ketua pasukan media bahagian politik David Cameron, berkata media sosial dalam talian dipenuhi berita palsu.
![Kerajaan konservatif May umum program perundangan Kerajaan konservatif May umum program perundangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61496993389_TheresaMay.jpg)
Kerajaan konservatif May umum program perundangan
May kembali berkuasa selepas pilihan raya awal pada 9 Jun tetapi kerajaannya kehilangan majoriti.
![UK Memilih: Parlimen tergantung, May tekad terus kekal PM UK Memilih: Parlimen tergantung, May tekad terus kekal PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61496993389_TheresaMay.jpg)
UK Memilih: Parlimen tergantung, May tekad terus kekal PM
Tanpa ada pemenang yang jelas, May memberikan petanda akan terus berjuang mempertahan jawatannya, namun pantas disanggah pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn.