JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri yang dibebaskan tanpa dilepaskan, pada semalam, atas pertuduhan pindaan berkait kes penderaan kanak-kanak lelaki, April lalu.
Kini didakwa semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, hari ini, atas pertuduhan baharu kerana kecuaian yang menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak berkenaan.
Tertuduh, S. Nagendran dan A. Sangeetha yang sedang mengandung tiga bulan, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.
Pasangan berusia 23 tahun itu didakwa dengan mencapai niat bersama bertindak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak mereka berusia 4 tahun.
Mereka didapati melakukan kesalahan itu di Skudai Villa Apartment, Skudai Johor Bahru, 12.30 pagi, 28 April lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen sama, dibaca bersama seksyen 34.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda RM50,000, atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan penjamin.
Suami isteri terbabit turut diarahkan untuk melaporkan diri sebulan sekali di Balai Polis terdekat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya manakala mereka tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Terdahulu pada 3 Mei, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Bagaimanapun semalam, mereka dilepaskan tanpa dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal mempertahankan pertuduhan pindaan selepas pasangan itu menukar pengakuan kepada mengaku tidak bersalah.
Muhammad Aiman Hakeem
Thu Jun 08 2023

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.

Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa bintang EPL Son Heung Min didakwa dera kanak-kanak
Son Woong Jung didakwa atas pertuduhan mendera pemain muda di pusat latihan bola sepak miliknya.

Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.

Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.

Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris.

Pekerja jagaan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak
Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah