SHAH ALAM: 'Jangan diam, laporkan keganasan' telah dipilih sebagai tema bagi Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, BHEUU berkata, tema tersebut memberikan penekanan betapa pentingnya kesedaran dalam kalangan pendidik terhadap kepentingan melaporkan sesuatu kes jenayah keganasan seksual terhadap murid dengan segera.
“Isu berhubung dengan jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak bukan satu isu yang baharu bahkan menjadi amat serius dan menjadi satu ancaman terhadap institusi kekeluargaan, sosial dan masa depan negara secara keseluruhannya.
“Berbanding jenis jenayah lain, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah bentuk kekejaman yang paling teruk dan terkutuk kerana ia boleh memberi pelbagai kesan jangka pendek dan jangka panjang bukan sahaja kepada kanak-kanak itu tetapi juga kepada keluarganya, komuniti serta masyarakat secara keseluruhannya,” katanya lagi.
Konvensyen tersebut turut mendapat kerjasama kerjasama agensi lain iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam usaha membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, BHEUU berkata ia telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk penggubalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] Pindaan 2023 yang telah berkuat kuasa pada 21 Jun 2023.
Peruntukan bagi kesalahan persembahan seksual oleh kanak-kanak dan kesalahan pemerasan seksual kanak-kanak telah diwujudkan dalam akta tersebut.
Selain itu, Garis Panduan Khas untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak turut mengambil kira cabaran yang dihadapi dan peruntukan undang-undang baharu.
“Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menggubal Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2023 untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
“Konvensyen ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada para pendidik mengenai kepentingan melaporkan semua jenis kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang di bawah seliaan mereka serta menekankan kepentingan terbaik untuk mencegah dan melindungi mangsa serta mendakwa si pelaku," katanya lagi.
BHEUU berkata, konvensyen tersebut juga merupakan satu platform untuk berkongsi pandangan mengenai isu yang dihadapi oleh penguatkuasaan berhubung jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan kaedah terbaik yang boleh dilakukan memandangkan para pendidik adalah orang yang terdekat dengan murid.
Dalam pada itu BHEUU berkata, konvensyen tersebut turut menyaksikan termeterainya Nota Kerjasama di antara BHEUU dan KPM.
“Melalui Nota Kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam perkara seperti berkongsi data dan statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, memperbaharui modul latihan untuk guru dan kakitangan KPM, dan menganjurkan program-program kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan keselamatan diri.
“Kerjasama ini akan berlangsung selama dua tahun mulai hari ini sehingga tahun 2026, di mana ini menunjukkan komitmen kerajaan MADANI untuk memastikan keselamatan semua kanak-kanak di dalam sistem pendidikan,” katanya lagi.
Astro Awani
Sat Mar 16 2024
![Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710583082_AzalinaOthman.jpg)
BHEUU berkata, tema “Jangan diam, laporkan keganasan” memberikan penekanan betapa pentingnya kesedaran dalam kalangan pendidik terhadap kepentingan melaporkan sesuatu kes jenayah keganasan seksual terhadap murid dengan segera.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738815555_BangunanPerdanaPut.jpg)
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
![BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716010134_TBIstanaNegaraj.jpg)
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
![Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730887808_AzalinaOthman.jpg)
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
![Pindaan Akta 166 dijangka dibentang Oktober depan - BHEUU Pindaan Akta 166 dijangka dibentang Oktober depan - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/71456204652_medialaw.jpg)
Pindaan Akta 166 dijangka dibentang Oktober depan - BHEUU
Menurut BHEUU, satu Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan juga akan dibawa kelak bagi pindaan yang dicadangkan kepada Akta 166.
![Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721557127_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Buli siber: Pasukan khas teliti pindaan Kanun Keseksaan, dijangka bentang Oktober
Pasukan khas akan meneliti secara keseluruhan sebelum membuat pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
![Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710583082_AzalinaOthman.jpg)
Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid
'Jangan diam, laporkan keganasan' telah dipilih sebagai tema bagi Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual anjuran BHEUU.
![Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693302888_WanJunaidiTuankuJ.jpg)
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi
Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.
![11 dilantik anggotai Lembaga Penasihat AIAC 11 dilantik anggotai Lembaga Penasihat AIAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692798372_AIAC.jpg)
11 dilantik anggotai Lembaga Penasihat AIAC
Kerajaan menubuhkan Lembaga Penasihat AIAC sebagai langkah penambahbaikan Majlis Penasihat AIAC sedia ada.
![Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683325214_AHLIDEWANUNDANGAN.jpg)
Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.
![Kementerian Undang-undang perlu diwujudkan semula - Wan Junaidi Kementerian Undang-undang perlu diwujudkan semula - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643359299_WanJunaidi.jpg)
Kementerian Undang-undang perlu diwujudkan semula - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata draf mengenai cadangan itu sudah siap namun masih perlu memperhalusi kebaikan dan keburukannya.