KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu didedahkan melalui pendidikan seksual berhubung bahaya berkongsi imej seksual kepada mana-mana individu bagi mengelakkan mereka berdepan ancaman eksploitasi dan penderaan seksual secara dalam talian (OCSEA).
Menurut Pengerusi Rangkaian Hentikan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSEC) Malaysia, Datuk Raj Karim, kesedaran dalam kalangan kanak-kanak, para penjaga serta guru harus ditingkatkan dengan penyelarasan dan kerjasama merentas semua pemegang taruh.
Jelas beliau lagi, pendidikan seksualiti yang komprehensif juga wajar diperkasakan agar kanak-kanak mampu melindungi diri daripada perhubungan seksual tanpa izin secara dalam dan luar talian.
Mengambil contoh kejadian hasil tinjauan, Raj berkata seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun telah berkali-kali dipujuk oleh teman lelaki untuk memberikan gambar bogel, sehingga menyebabkan mangsa akhirnya berdepan ugutan setelah menyerahkan foto berkenaan.
"Terdapat peningkatan bilangan kanak-kanak yang menghasilkan imej penjanaan, dan saya fikir ia juga sebahagian daripada pendidikan seks supaya kita boleh memaklumkan kepada mereka bahaya menghasilkan imej sendiri.
"Ini kerana ia hanya akan merosakkan seluruh masa depan malah membawa mereka ke titik kemurungan atau kecenderungan untuk membunuh diri," katanya pada sesi penerangan berhubung laporan Disrupting Harm di Malaysia: Bukti mengenai eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian (OCSEA) yang disiarkan hari ini.
BACA: 60 peratus kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai pendidikan seks - Laporan
Menerusi laporan tersebut, dianggarkan 60 peratus kanak-kanak berumur 12-17 tahun di negara ini yang menggunakan internet tidak menerima pendidikan seks.
Manakala, 29 peratus kanak-kanak menunjukkan mereka menerima pendidikan seks; dan 11 peratus lagi tidak tahu atau lebih memilih untuk tidak bercakap.
Perkara tersebut antara yang didedahkan dalam laporan Disrupting Harm di Malaysia: Bukti mengenai eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak dalam talian (OCSEA) melalui tinjauan terhadap isi rumah.
Laporan tersebut turut melibatkan 995 kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia sama, yang dijalankan dengan kerjasama organisasi Hentikan Pemelacuran dan Pemerdagangan Kanak-Kanak (ECPAT) Antarabangsa, Polis Antarabangsa (Interpol), serta Jabatan Penyelidikan Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) - Innocenti.
Mengulas lanjut, Raj menambah pihaknya menyedari bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) telah bekerja keras untuk menyelaraskan pendidikan seks termasuk melalui garis panduan antarabangsa yang dijalankan oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Begitupun, beliau berkata usaha tersebut setakat ini masih belum dapat direalisasikan kerana kekangan daripada ibu bapa, agama serta politik.
"Kami masih meneruskan usaha untuk memperkukuh dengan menjadikan pendidikan lebih mudah diakses, jika tidak melalui kerajaan sekurang-kurangnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Jadi adalah penting untuk kanak-kanak mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pendidikan seks, supaya mereka dapat melindungi diri," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Raj turut menyambut baik Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual yang telah diluluskan, selain mencadangkan agar ia dilihat bersama Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 29 2022
![Pendidikan seks: Kanak-kanak perlu sedar bahaya berkongsi imej seksual sendiri Pendidikan seks: Kanak-kanak perlu sedar bahaya berkongsi imej seksual sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664433826_pedophile.jpg)
Terdapat kes seorang kanak-kanak perempuan dipujuk oleh teman lelaki untuk memberikan gambar bogel, sehingga menyebabkan mangsa akhirnya berdepan ugutan setelah menyerahkan foto berkenaan. - Gambar hiasan
![Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027 Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739333382_MaritimMalaysia.jpg)
Maritim Malaysia bakal terima kapal induk baharu buatan Turkiye, beroperasi 2027
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang berlangsung dari 2 Dis hingga 6 Feb lepas, berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara
![Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333291_TBAnwarIbrahim.jpg)
Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.
PM tegur KPM segerakan pemerkasaan penguasaan bahasa inggeris
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan pihak tertinggi.
PM mahu IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penggunaan sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (IPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan persekutuan seawal Mac ini.
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![Pendidikan seks: Kanak-kanak perlu sedar bahaya berkongsi imej seksual sendiri Pendidikan seks: Kanak-kanak perlu sedar bahaya berkongsi imej seksual sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664433826_pedophile.jpg)
Pendidikan seks: Kanak-kanak perlu sedar bahaya berkongsi imej seksual sendiri
Pendidikan seksualiti yang komprehensif juga wajar diperkasakan agar kanak-kanak mampu melindungi diri daripada perhubungan seksual tanpa izin secara dalam dan luar talian.