Kira-kira 200 penduduk mengalami kesukaran apabila sebuah jambatan konkrit di Sungai Chelong di Kampung Teluk Sira, Mukim Bagan Samak di Bandar Baharu roboh Jumaat lepas.
Jambatan itu yang dibina sejak enam tahun lalu digunakan penduduk termasuk pelajar sekolah untuk ke jalan besar.
Seorang petani Abdul Aziz Bakar, 58, berkata penduduk juga menggunakan jambatan untuk membawa hasil tanaman mereka bagi dijual di Bandar Baharu.
"Sekarang kami terpaksa guna jalan yang lebih jauh. Kerajaan perlu membina semula jambatan ini dengan segera," katanya.
Pegawai Khas Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan yang meninjau jambatan itu berkata beliau akan meminta pihak Jabatan Parit dan Saliran membina semula jambatan tersebut.
Jurutera JPS Daerah Kulim/Bandar Baharu, Azli Ahmad berkata anggaran kos bagi membina jambatan baharu bernilai RM180,000.
Bernama
Mon Nov 26 2012

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.

Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.

13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu
Air yang mula naik kira-kira jam 8 malam menyebabkan Kampung Sungai Tengas, Kampung Jermai dan Kampung Banggol Durian terjejas.

Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.

Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS
Semua mangsa dipindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mangsa dinaiki air.

Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai
Terdengar bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.

Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Bandar Baharu tempatkan 23 mangsa
Hujan lebat melebihi satu jam ditambah dengan saliran parit tersumbat menyebabkan berlaku banjir kilat di daerah Bandar Baharu malam tadi.

PKP di lima daerah di Kedah bermula esok
PKP di lima daerah itu dilaksnakan berikutan berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon.

COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah
Sebanyak 139 tabika termasuk empat taska Kemas di empat daerah di Kedah ditutup sementara berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan kluster Sivagangga.

Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai
Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk kedai di Bukit Tengah.