GEORGE TOWN: Penduduk di Gat Lebuh Macallum, Sungai Pinang di sini mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk segera mengalihkan menara telekomunikasi yang telah siap dibina sejak minggu lepas di kawasan kejiranan mereka.
Wakil penduduk, Goh Yun Fung, 67, mendakwa menara telekomunikasi setinggi kira-kira 50 meter itu didirikan di dalam kawasan taman rekreasi kawasan kejiranan itu yang dihuni lebih kurang 10,000 penduduk tanpa sebarang perbincangan dengan mereka.
"Kami langsung tidak dimaklumkan mengenai pembinaan menara tersebut oleh pihak berwajib dan penduduk kawasan yang sebilangan besar merupakan warga emas risau jika menara tersebut membawa risiko kesihatan kepada mereka," katanya kepada wartawan ketika mengadakan bantahan aman berkenaan pembinaan menara telekomunikasi di sini pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata pihaknya akan mengumpulkan tandatangan penduduk bagi membantah pembinaan itu.
"Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, kita akan membawa isu ini ke pengetahuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Menara telekomunikasi setinggi kira-kira 50 meter itu didirikan di dalam kawasan taman rekreasi kawasan kejiranan. - Gambar hiasan

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Malaysia negara pertama saksikan perjanjian perkongsian rangkaian 4G 6 Hala
Beliau berkata perjanjian itu telah dimeterai pada Mei tahun lepas dan ia telah mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembilan bulan ditetapkan - Fahmi
Ia antaranya melibatkan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang didapati tidak menyiapkan 51 menara telekomunikasi diterima menerusi JENDELA.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak
Kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh SDEC di seluruh Sarawak.

125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).

Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih
Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Perak percepat proses bina menara telekomunikasi, beri liputan lebih baik
Pembinaan 105 menara telekomunikasi di seluruh negeri Perak akan dipercepatkan tahun ini, untuk memberi liputan yang lebih baik.