Cuaca panas kering yang melanda negara ketika ini menyebabkan penyusutan kuantiti air di beberapa buah sungai di Kelantan.
Sungai Ketil di tengah bandar Gua Musang ialah antara sungai yang mengalami perubahan ketara dan dilihat semakin cetek.
Penduduk Kampung Kerinting berdekatan sungai itu mendakwa mereka tidak pernah melihat paras air sungai itu secetek ini selama 30 tahun menghuni di situ.
Menurut penduduk, paras air bukan sahaja semakin surut, malah batu-batuan dan beting pasir mula terbentuk menjadi sebuah pulau sementara.
“Sudah 32 tahun kakak tinggal di sini, tak pernah tengok lagi paras air jadi begini, Tapi kalau itu kehendakNya, kita nak buat macam mana. Tambah pula dengan cuaca panas sekarang ini, tak boleh nak kata apalah,” kata seorang penduduk Wan Zaleha Ismail.
Tambahnya, pada suatu ketika dahulu, paras kedalaman air Sungai Ketil menghampiri sebuah jambatan besi yang menjadi penghubung kepada penduduk Kampung Kerinting untuk melakukan urusan di bandar Gua Musang.
“Memang berbezalah, kalau dulu air dalam sungai ini boleh nak mandi-manda. Tapi sekarang ni, memang cetek sangat,” kata seorang lagi penduduk Mohd Zain Che Ahmad.
Menurut Azmi Abdullah yang telah lama menetap di sini, sejak selepas banjir besar dahulu, cuma sekali sahaja hujan. Malah paras air juga tidaklah turun dengan begitu mendadak seperti ini.
Banjir besar di sini hujung tahun lalu menyaksikan air Sungai Ketil melimpahi tebing sehingga menenggelamkan rumah penduduk, tambahnya lagi.
Sungai Ketil merupakan sumber utama air bagi penduduk sekitar sekiranya terputus bekalan air bersih,
Muhafandi Muhamad
Mon Mar 02 2015

Penduduk Kampung Kerinting berdekatan Sungai Ketil mendakwa mereka tidak pernah melihat paras air sungai itu secetek ini selama 30 tahun menghuni di situ. -Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.

Bangladesh diancam penyakit bawaan air
Dalam tempoh 24 jam lalu, kira-kira 3,000 orang dimasukkan ke hospital akibat penyakit bawaan air di kawasan yang dilanda banjir.

PRU15: Paip usang akan diganti, takungan air dibina atasi masalah bekalan air bersih di Lumadan
Menerusi pembinaan itu, bekalan air bersih akan disalurkan kepada sembilan buah JJPKK termasuk di Kampung Jabang dan Kukup.

Mangsa terjejas banjir kini berdepan ancaman penyakit
Akses kepada bekalan air bersih adalah masalah terbesar mereka yang cuba mencari makanan dan tempat tinggal.

Gangguan air: Bekalan pulih sepenuhnya 9 pagi esok - Air Selangor
Ketika ini proses rawatan air sedang giat dijalankan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan terawat secepat mungkin.

Projek naik taraf bekalan air selesai, penduduk Gedong nikmati air bersih
Projek naik taraf bekalan air bernilai RM45 juta itu meliputi Kampung Lubok Punggor, Lubak Buntin serta Tanjung Sap.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.

Loji penyulingan air laut keempat Singapura mula beroperasi
Singapura memulakan operasi loji penyulingan keempatnya di Marina East yang mampu menghasilkan 137,000 kubic meter air atau kira-kira 30 juta gelen air bersih sehari.

Kerajaan Kelantan perlu lakukan penilaian bekalan air, perigi
Kerajaan Kelantan perlu melakukan penilaian ke atas setiap bekalan air atau perigi di setiap kampung bagi memastikan kandungan mineralnya selamat untuk digunakan.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.