MACHANG: Penduduk di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong di sini meluahkan kebimbangan berhubung keadaan bahaya di simpang empat Kuari Bukit Buloh yang kerap berlaku kemalangan termasuk membabitkan kematian.
Seorang penduduk, Noryana Mat, 52, berkata, lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan kerana keadaan persimpangan jalan itu sendiri yang sangat luas.
Katanya, jalan berkenaan juga sentiasa sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk selain menjadi laluan utama lori membawa muatan batu dari kuari.
“Simpang empat ini tidak ada lampu isyarat sedangkan ratusan lori termasuk treler keluar masuk ke empat kuari yang terletak dalam jarak 1.5 kilometer dari simpang ini.
“Selama 23 tahun saya berniaga kedai makan di tepi simpang empat ini, saya sudah melihat banyak kemalangan yang berlaku di depan mata sendiri,” katanya ketika ditemui di Pulai Chondong di sini, pada Isnin.
Seorang lagi penduduk, Mohd Razali Zakaria, 54, berkata, kawasan jalan di simpang empat tersebut tidak mempunyai papan tanda amaran yang mencukupi selain gelap pada waktu malam.
“Kalau bina lampu isyarat mungkin tidak sesuai kerana jalan sedikit menuruni bukit. Cadangan lain boleh adakan garisan kuning supaya pemandu perlahankan kenderaan ketika melalui jalan ini.
“Boleh juga tambah lebih banyak papan tanda amaran dari semua arah supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menghampiri simpang empat ini,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengangkutan.
Sementara itu, seorang pemandu lori, Mohd Salleh Iberahim, 59, berkata, sudah 30 tahun dia memandu kenderaan berat iaitu lori 13 tan membawa muatan batu anggaran sehingga 19 tan dari kuari untuk dihantar ke serata Kelantan.
“Saya guna laluan ini empat hingga lima trip sehari dan memang diakui simpang ini sangat berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.
“Saya amat berhati-hati ketika memandu lori keluar dari simpang ini untuk mengelakkan kemalangan seperti yang berlaku kepada rakan-rakan pemandu lori yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Mukim Gading Galoh, Muhd Sadiqi Zakaria berkata, beliau sedia maklum perkara itu dan mengambil tindakan serius untuk menyelesaikannya segera.
“Kami menerima aduan hingga empat kali seminggu berkaitan keadaan bahaya di jalan ini dan setiap aduan dipanjangkan ke pihak atasan.
“Kami akan adakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan untuk memperhalusi setiap cadangan bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai berkait permasalahan ini,” katanya.
Antara kejadian kemalangan maut di lokasi tersebut berlaku pada Oktober lalu membabitkan penunggang motosikal, Mohamad Azizi Mohamad, 19, dan pembonceng yang juga rakan karibnya, Muhammad Nur Aqashah Danial Muhammad, 16.
Kedua-duanya maut apabila motosikal mereka berlanggar dengan sebuah lori tiga tan di simpang empat tersebut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 22 2022
Muhd Sadiqi (kiri) menunjukkan keadaan di persimpangan Kuari Bukit Buloh, Machang. - Foto Sinar Harian
Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia–Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
Henti label Hamas radikal, penderhaka
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai satu badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video dan gambar yang tular di media sosial mengenai replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China.
Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Terdahulu, perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya bermula 6.30 pagi tertangguh dengan Israel mendakwa ia tidak akan dimulakan selagi hamas tidak menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Terdahulu, perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya bermula 6.30 pagi tertangguh dengan Israel mendakwa ia tidak akan dimulakan selagi hamas tidak menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025
Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, pada Ahad.
Pasukan keselamatan Gaza diletak atur di seluruh wilayah selepas gencatan senjata bermula
Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa.
Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Sindiket edar dadah antarabangsa dibongkar
Polis Pulau Pinang membongkar dua sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi terancang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Penduduk bimbang simpang kerap berlaku kemalangan
Lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan.