Sebuah keluarga dari Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini bingung memikirkan nasib mereka yang diganggu kehadiran api misteri.
Bahkan kehadiran api misteri yang menyala secara tiba-tiba itu telah memusnahkan rumah yang didiaminya sejak bertahun-tahun lamanya pada pertengahan bulan lepas.
Zainab Sulaiman, 80 tahun atau lebih dikenali Mok Nab ketika ditemui Astro AWANI hari ini berkata, kali terakhir rumah mereka diganggu api misteri berkenaan sekitar dua tahun lalu selepas pelbagai ikhtiar dilakukan bagi meredakan serangan tersebut.
Mok Nab berkata, kali ini api misteri itu kembali dan menyerang lebih agresif apabila memusnahkan seluruh rumah mereka, selain dikatakan sering 'mengekori' cucu perempuannya, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19 tahun, ke mana sahaja gadis itu pergi.
Menceritakan kejadian itu, dua hari sebelum rumahnya terbakar, api misteri itu muncul dengan kekerapan tiga atau empat kali sehari dirumahnya.
“Habis ikhtiar dah abis tok bomoh dukun dari seluruh Malaysia, bahkan dari luar negara pernah datang nak membantu, tak jadi, masih diganggu api misteri ini, Mok Nab dah putus asa dah” katanya ketika ditemui di tapak rumahnya yang terbakar di sini petang tadi.
Mok Nab kini sudah kehilangan rumah dua tingkatnya dek api misteri yang memusnahkan rumahnya.
Mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara-mara namun setiap kali mereka sekeluarga menumpang tidur, api misteri seakan mengikuti cucunya, Wan Nur Fatihah dan muncul secara tiba-tiba.
Jika sebelum ini, Mok Nab memperolehi pendapatan sekitar RM40 dan RM50 sehari hasil daripada menjual popia dari rumahnya.
Namun selepas kejadian itu, dia tidak dapat berbuat demikian selepas semua peralatan musnah terbakar.
Jumaat lepas, api misteri itu muncul semula di rumah adiknya Faridah Sulaiman, 75 tahun, lalu membakar beberapa barangan seperti sejadah, tilam, tuala,beg dan kepala katil.
Katanya, pelbagai ikhtiar dan rawatan Islam telah dilakukan bagi meredakan serangan tersebut namun semua nya menemui jalan buntu.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi 19 September lalu, api tersebut dikatakan muncul di bilik tengah rumah Zainab dan kejadian disaksikan oleh cucunya Wan Nur Fatihah namun dia tidak berupaya memadam api tersebut kerana marak.
Selain rumah Mok Nab turut musnah sepenuhnya ialah sebuah lagi rumah jiran.
Sebelum kejadian api misteri, terlebih dahulu mereka kehilangan wang dan pakaian seolah-olah digunting.
Misteri kemunculan api secara tiba tiba melanda keluarga Mok Nab ini pernah mendapat liputan media sebelum ini bahkan pelbagai usaha dilakukan namun api misteri ini masih menganggu keluarga berkenaan.
Vivi Sumanti
Mon Oct 09 2017

Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api yang tidak dapat dijelaskan puncanya. - Astro AWANI/Vivi Sumanthi
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Penduduk bingung serangan api misteri
Sebuah keluarga dari Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini bingung memikirkan nasib mereka yang diganggu dengan kehadiran api misteri.