Ribuan penduduk yang tinggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di sini, terpaksa menggunakan bekalan air tandak yang berlumpur sejak 20 tahun yang lepas.
Pengerusi Yayasan Fatimah Azzahra (YFA) Azmi Mohd Noor mendakwa perkara itu berlaku disebabkan aktiviti pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Ulu Sat yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan tadahan air berkenaan.
"Penduduk tiada pilihan lain untuk mendapatkan bekalan air mereka dan turut menggunakannya untuk minuman, membasuh pakaian dan mandi. Walaupun penduduk membuat bayaran bulanan bagi menggunakan tandak tersebut namun ia tidak diselia dengan baik.
"Tinjauan kita pada hari ini mendapati kawasan tadahan air sedalam 10 meter itu semakin cetek dan pengepam sepanjang lapan meter yang digunakan bagi mengepam air juga disaluti selut tebal," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan tadahan air berkenaan di sini, pada Sabtu.
Azmi berkata lebih 50 aduan telah dilakukan oleh penduduk sejak beberapa tahun lepas kepada pihak berkaitan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Beliau berkata berikutan masalah itu menyebabkan ada sebilangan penduduk menggunakan telaga tiub bagi mendapatkan bekalan air alternatif namun tidak semua mampu mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana kos yang tinggi.
"Ia memberi kesan kepada penduduk yang kurang berkemampuan kerana mereka tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Mohamad Samsuri Ariffin, 34, dari Kampung Kandis berkata masalah bekalan air akan memberi kesan terutama kepada kesihatan penduduk jika tidak ditangani dengan baik.
"Kita tak tahu sama ada ada binatang yang mati dalam tandak tersebut, dan dalam masa yang sama penduduk tiada pilihan untuk mendapatkan bekalan air.
"Masalah ini boleh diselesaikan jika pihak berkaitan membina loji dan sistem perpaipan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017

Azmi Mohd Noor menunjukkan air sungai yang keruh akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal di kawasan sekitar tadahan air Bukit Chekker di Pasir Puteh, 23 Sept, 2017. --fotoBERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sampel air di penempatan Asli Kuala Koh sudah dihantar untuk ujian - JAS
Pengarah JAS memaklumkan sampel air berkenaan sudah diambil pagi tadi dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Kematian Orang Asli Gua Musang: Tiada pencemaran air sungai - JAS
Hasil pemeriksaan yang dilakukan pada 2 April lepas mendapati, kawasan berkenaan bebas dari sebarang pencemaran di sungai atau pun di sumber air.

Penduduk DUN Gaal guna air tandak berlumpur sejak 20 tahun lalu
Perkara itu berlaku disebabkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Sat yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan tadahan air.