Jalan berlubang serta tangki air yang sering rosak kerana tidak diselenggara oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) kini menjadi masalah yang membelenggu penduduk di Fresia Apartment, Taman Lembah Maju di sini.
Selain jalan berlubang dan tangki air rosak, apartmen dengan 600 unit rumah itu turut mengalami keadaan lif yang sering rosak sehingga mengundang masalah kepada golongan kurang upaya dan warga emas.
Warga emas Richard Yong, 73 tahun, berkata penduduk terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membaiki kerosakan jalan kerana sering berlaku kemalangan melibatkan warga emas dan kanak-kanak yang terjatuh akibat jalan berlubang.
"JMB tidak mahu bertanggungjawab membaiki kerosakan jalan kerana mendakwa tidak menerima bayaran penyelenggaraan sebanyak RM72 daripada setiap unit apartmen itu.
"Walaupun sudah membuat pelbagai aduan sejak dua tahun lalu, namun masalah kami tidak diendahkan dan akhirnya kami menguruskannya sendiri dengan menggunakan wang kami," katanya.
Pemilik restoran Ann Pong, 53 tahun, berkata sikap JMB yang tidak mengendahkan kebajikan penghuni apartmen itu menyebabkan sesetengah daripada penghuni tidak mahu membayar kos penyelenggaraan bulanan.
"Sejak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melantik JMB baharu sejak tahun lepas, banyak alasan yang diberikan oleh JMB kepada kami apabila menbuat aduan, antaranya terpaksa menanggung bil air tertunggak sebanyak RM40,000 dan bil elektrik sebanyak RM300,000 daripada JMB sebelum ini.
"JMB sebelum ini didapati menyalahgunakan wang penyelenggaraan daripada penduduk menyebabkan kami terpaksa membuat laporan polis dua tahun lalu dan MPAJ melantik JMB baharu," katanya.
Pong turut mendakwa segala aktiviti ataupun pengumuman yang dibuat oleh JMB baharu itu tidak dimaklumkan kepada penghuni-penghuni.
"Misalnya, mereka mendakwa telah mengadakan mesyuarat agung dan taklimat khas kepada penghuni-penghuni pangsapuri tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Mereka seharusnya memberitahu kepada semua penghuni dengan menampal notis pintu ke pintu ataupun tampal di papan kenyataan namun kedua-dua ini tidak dilakukan oleh mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Hwei berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak JMB berhubung permasalahan penghuni Fresia Apartment terhadap kemudahan mereka.
"Berdasarkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) adalah menjadi tanggungjawab badan tersebut untuk menjaga kawasan itu dengan baik.
"JMB diberi amanah untuk kutip dana dan upah pekerja menguruskan bangunan, jadi ahli jawatankuasa perlu guna dana tersebut dengan cara betul dan bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
Penduduk mendakwa mereka terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membaiki kerosakkan jalan di kawasan sekitar.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Polis buru suspek kes samun, cabul
Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul dan samun seorang pembantu tadbir di sebuah apartmen di sini, pada Selasa.
Teknik tanam timun dalam pasu gantung, lebih mudah untuk dituai
Bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.
Wanita maut jatuh dari tingkat 15
Polis menerima aduan daripada orang awam berkaitan kejadian pada jam 5.43 petang.
Wanita alami masalah mental, maut terjauh dari tingkat tujuh
kejadian disyaki berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami mangsa sejak Januari 2021.
Komander kanan Hamas, tiga anggota Jihad Islam terbunuh
Selain Iyad Fathi yang mengetuai sebuah unit misil antikereta kebal, tiga komander kanan daripada Jihad Islam iaitu kumpulan pejuang Palestin dikatakan turut terbunuh.
COVID-19: Pengurusan kondominum, apartmen boleh arah penghuni buat saringan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, peraturan itu bagi menjaga keselamatan penghuni di kawasan perumahan tersebut.
Apartmen tiga tingkat runtuh, enam disahkan terkorban
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat itu.
Campak cucu dari apartmen: Lelaki Nigeria dipercayai ada masalah mental - Polis
Maklumat itu diperolehi hasil keterangan keluarga dan rakan suspek berusia 42 tahun itu.
Warga emas maut kenderaan terjunam dari tingkat tiga
Seorang warga emas berusia 63 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terjunam dari tingkat tiga.
Pembeli teruja apartmen dijanjikan landskap tasik buatan cantik... Rupa-rupanya...
Paparan imej dari sudut tinggi menunjukkan seolah-olah terdapat sebuah landskap taman dengan tasik membiru di ruang antara menara-menara blok.