TAMPIN: "Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di Taman Sungai Gemas, 16 tahun lepas dan terburuk pernah dialami," luah suri rumah Norizan Abdullah, 53, selepas rumahnya ditenggelami air hingga paras leher susulan hujan lebat sejak Jumaat.
Norizan berkata rata-rata penduduk Taman Sungai Gemas bersiap sedia menghadapi banjir sekiranya berlaku hujan lebat memandangkan kawasan perumahan itu terletak berhampiran Sungai Gemas.
"Kejadian banjir kilat memang kerap berlaku di kawasan ini apabila Sungai Gemas melimpah masuk loji kumbahan dan kolam takungan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Banjir besar pernah terjadi pada 2011 dan tahun ini kembali berulang malah lebih teruk apabila banyak kediaman rosak teruk dan dinaiki air lebih paras bahu," katanya yang ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Besar Gemas di sini semalam.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Gemas Indah, Mohd Rawi Majid berkata kebanyakan rumah di Taman Sungai Gemas terletak di kawasan rendah.
BACA: Banjir: Penduduk kecewa, dakwa siren amaran tidak berfungsi
BACA: Siren tak berfungsi kerana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mohon tutup akaun - TNB
"Hujan berterusan menyebabkan hampir 60 rumah dengan 200 mangsa serta surau berdekatan terjejas banjir. Kalau nak ikutkan sejarah, sememangnya Taman Sungai Gemas ini merupakan kawasan mudah dinaiki air," katanya.
Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom berkata antara kawasan terjejas teruk dilanda banjir adalah Felda Jelai 4, Kampung Pasir Besar, Felda Sungai Kelamah, Taman Pinggiran Felda dan Taman Sungai Gemas.
"Bantuan Wang Ihsan RM1,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa banjir dan jumlah sebenar akan dikenal pasti sebaik urusan pemindahan mangsa ke PPS selesai. Pada masa ini, kita agihkan bantuan barangan keperluan asas dan makanan kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Pemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin, ditenggelami banjir ekoran hujan lebat ketika tinjauan pada 1 Jan 2022. --fotoBERNAMA
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,869 orang setakat 8 malam ini berbanding 3,779 orang yang direkodkan petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat petang ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,779 orang setakat 4 petang, berbanding 3,449 orang pagi tadi.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat, Perak kekal, malam ini
Setakat 8 malam ini, mangsa yang berlindung di 33 PPS di semua lima daerah terkesan di Johor meningkat kepada 2,524 daripada 722 keluarga.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Mangsa banjir di Johor meningkat, hampir 1,000 ditempatkan di 11 PPS
Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya Johor, terdapat 13 jalan terjejas akibat banjir.