PADANG BESAR: Penduduk Wang Kelian menggesa kerajaan Perlis segera membuka operasi Arked Niaga Wang Kelian sebagai usaha menghidupkan semula kegiatan ekonomi di pekan sempadan itu yang lesu sejak pemansuhan Zon Aliran Bebas pada 2015.
Seorang daripada penduduk, Zul Zalina Othman, 40, berharap kerajaan negeri dapat menyegerakan proses membuka arked niaga tersebut memandangkan ia telah lama siap dibina.
"Sebelum ini kami diberitahu bahawa ia (Arked Niaga Wang Kelian) akan dibuka pada Mei lepas, namun setakat ini belum ada pihak yang tampil memberitahu tarikh sebenar arked tersebut akan dibuka," katanya yang juga bekas peniaga tapak pasar sehari Wang Kelian kepada Bernama baru-baru ini.
Zul Zalina berharap pembukaan arked niaga itu nanti akan menceriakan kembali Wang Kelian dan paling penting dapat memberi pendapatan tambahan kepada penduduk yang sebilangan besar terdiri daripada petani.
Beliau juga berharap pengendali arked tidak memberi syarat yang ketat kepada peniaga dan membenarkan mereka menjual produk dari negara jiran.
Md Razak Md Daud, 64, pula berkata beliau percaya pembukaan Arked Niaga Wang Kelian mampu merancakkan semula ekonomi penduduk setempat memandangkan ramai pelancong tempatan dan luar negara menggunakan pintu sempadan Wang Kelian untuk melancong ke Selatan Thailand.
"Jika dilihat pada hujung minggu, banyak kenderaan melalui Wang Kelian, namun mereka hanya sekadar melintas kerana tiada sebarang kemudahan yang dapat menarik pelancong ke sini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata pihaknya telah diberi tanggungjawab dalam menguruskan Arked Niaga Wang Kelian.
"Kalau boleh kita memang nak buka segera Arked Niaga Wang Kelian, namun kita menghadapi kekangan dari segi jumlah peniaga yang berminat untuk berniaga di sana.
"Jabatan telah mengiklankan tawaran berniaga kepada penduduk setempat. Pada awalnya menerima sambutan yang menggalakkan, namun daripada 32 surat perniagaan yang dikeluarkan, hanya lapan peniaga memberi jawapan," katanya.
Beliau berharap kekosongan berkenaan dapat diisi oleh anak Perlis supaya arked niaga itu dapat dibuka segera.
Menurut Ag Shaffie beliau difahamkan peniaga mahukan konsep jualan produk Thailand seperti di Padang Besar dilaksanakan di Wang Kelian.
"Di Wang Kelian kita tetapkan peniaga hanya menjual produk tempatan kerana ingin mengelak berlaku dominasi peniaga luar pada masa akan datang yang hanya merugikan rakyat Perlis. Selain itu, Perlis juga mempunyai banyak produk menarik yang berpotensi untuk dikembangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Kerajaan negeri diharap dapat menyegerakan proses membuka arked niaga tersebut memandangkan ia telah lama siap dibina. - Gambar/ Bernama
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.

Kastam Perlis tahan pemandu pelancong, rampas 'ganja belacan'
Ismail berkata, suspek turut dibayar RM5,000 untuk tugasan berkenaan oleh sindiket.

Kes pemerdagangan manusia Wang Kelian: Warga Thailand diekstradisi selepas jalani hukuman penjara di Thailand
Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand dihadap ke mahkamah esok - Saifuddin
Semua individu itu kini berada di Malaysia berikutan perintah Mahkamah Rayuan Thailand yang memerintahkan mereka diserahkan kepada Malaysia pada 22 Jun 2023.

Penduduk gesa Kerajaan Perlis segera buka Arked Wang Kelian
Penduduk Wang Kelian menggesa kerajaan Perlis segera membuka operasi Arked Niaga Wang Kelian sebagai usaha menghidupkan semula kegiatan ekonomi di pekan sempadan itu.

Warga Thailand didakwa di mahkamah, terlibat kes penyeludupan manusia
Tertuduh didakwa telah menjalankan aktiviti penyeludupan seorang migran warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.

225 rakyat Malaysia terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis
Oleh kerana kedua-dua negara mempunyai sempadan bersama, kesalinghubungan yang kukuh akan meningkatkan usaha ke arah perindustrian dan mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

Zon aliran bebas di Wang Kelian tidak akan dilaksanakan semula - Muhyiddin
Kerajaan akan menghentikan terus kemudahan keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.