DUNGUN: Penduduk di kawasan Hulu Dungun, Terengganu, menarik nafas lega apabila laluan utama Kampung Jongok Batu yang runtuh akibat banjir dua tahun lalu telah dibaik pulih sepenuhnya.
Pembukaan kembali laluan sepanjang kira-kira 500 meter itu sekali gus menyelesaikan masalah terputus hubungan di antara kampung yang terlibat banjir.
Menurut penduduk, ia turut memudahkan pasukan penyelamat untuk membantu mangsa banjir serta menghantar bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Kami sebagai penduduk di sini, dengan siapnya jalan itu, berasa amat bertuah dan amat gembira.
"Kalau tahun lepas pada musim banjir, menyebabkan kami terpaksa melalui jalan dalam yang sempit dan kalau bertembung dua buah kereta, terpaksa ke tepi, makna sempit sangat jalan.
"Jadi dengan siapnya jalan itu, kami sebagai penduduk kampung amat rasa bertuah," kata imam Kampung Jongok Batu, Atan Ghani.
Bagi juruteknik, Alias Ismail biasanya ketika musim tengkujuh pada bulan November dan Disember setiap tahun, laluan dari Kuala Jengai ke Jongok Batu sehingga ke Jerangau Sungai tidak dapat dilalui akibat jalan ditenggelami air.
"Kebiasaannya kalau pantai timur ini, ketika bulan 11 dan bulan 12 laluan Kuala Jengai ke Jongok Batu sampailah ke Jerangau Sungai memang tidak boleh lalu. Semua jalan banyak ditenggelami air," katanya.
Menurutnya, lapan buah kampung di Hulu Dungun berisiko terputus hubungan setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh serta kerosakan jalan akibat banjir.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Mon Nov 08 2021
Laluan utama Kampung Jongok Batu yang runtuh akibat banjir dua tahun lalu. - Astro AWANI
Hari Kastam Sedunia: PM mahu perkukuh integriti
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau yakin dengan keupayaan pegawai dan anggota JKDM untuk terus membawa hasil memberangsangkan kepada negara serta membanteras jenayah penyeludupan dengan lebih berkesan.
Peniaga ditahan miliki pistol tanpa lesen
Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, Selangor pada Sabtu lepas.
Dua lelaki rusuh bersenjata depan pusat hiburan didakwa
Agilan Gunasegaran, 26, dan Anbu Selvan Ganesan, 19 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil tindakan dalam rusuhan tersebut.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Tumpuan Selasa – 11 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.
Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan
Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna AS (CFPB) di Washington akan ditutup dari Isnin hingga Jumaat.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
Penduduk Hulu Dungun lega laluan utama siap dibaik pulih
Pembukaan kembali laluan situ sekali gus menyelesaikan masalah terputus hubungan di antara kampung yang terlibat banjir.