BHOPAL: Tindakan beberapa lelaki 'membuli' seekor harimau bintang yang sakit di sebuah daerah di negeri Madhya Pradesh, India mengundang kecaman ramai.
Insiden di pinggir Dewas itu tular selepas ia dimuat naik ke platform media sosial.
Dalam video yang dikongsi secara meluas, harimau bintang dewasa itu ditemukan di kawasan semak dalam keadaan lemah.
Haiwan malang itu kemudian dikepung beberapa lelaki yang sebahagiannya memegang batang kayu.
Sebahagian daripada mereka menyentuh dan mengambil gambar haiwan tersebut, malah seorang lelaki kelihatan cuba menunggang harimau bintang yang tidak berdaya itu.
Selepas video tersebut tersebar, pihak berkuasa bertindak menyelamatkan harimau bintang itu dan menghantarnya ke sebuah zoo di bandar Indore untuk rawatan dan pemantauan.
"Harimau bintang itu diselamatkan pada Selasa di perkampungan Iklera.
"Kami dapati ia mengalami pendarahan otak dan keadaannya kini kritikal.
"Apa pun, kami menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri mana-mana haiwan yang sakit demi keselamatan," kata pegawai perhilitan, Vikas Mahore.
Sementara itu, pegawai veterinar, Dr Uttam Yadav berkata, ini pertama kali beliau melihat harimau bintang tidak memberikan sebarang reaksi apabila diganggu.
"Ini amat mengejutkan kerana harimau bintang akan bertindak balas sekiranya diancam tidak kira ia sakit atau sihat," ujarnya.
Sementara itu, pengguna media sosial tidak putus-putus mengutuk perbuatan buli itu dan menganggap situasi tersebut mesti berbeza jika haiwan berkenaan sihat.
"Dia sakit, cuba kalau sihat menggelupur semua lari," kata Mihir Shah.
"Harimau bintang itu tengah sakit dan dia bukan keldai untuk ditunggang," ujar Lotan Baba.
"Sebelum ini ada video lelaki lari tak cukup tanah....macam pondan dikejar harimau bintang, kali ini mereka semua bernasib baik," tambah Rani Durgavati. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Sep 01 2023

Seorang lelaki dilihat cuba menunggang harimau bintang yang sakit di Iklera. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penduduk kampung 'buli' harimau sakit
Pihak berkuasa bertindak menyelamatkan harimau bintang itu dan menghantarnya ke sebuah zoo.

Harimau bintang peliharaan terlepas, empat cedera
Ia mencederakan empat orang sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat rawatan haiwan.

Penduduk terkejut harimau bintang masuk kampung
Haiwan liar itu dipercayai berasal dari Hutan Kammadanam dan telah sesat hingga memasuki kawasan petempatan manusia.

Tular harimau bintang serang anjing, ini reaksi pihak polis
Tiada kejadian seekor harimau bintang yang menyerang anjing di rumah seorang penduduk berlaku di Kampung Perik, dekat sini, baru-baru ini.

Budak 2 tahun patah tulang pipi diserang harimau di taman safari
Burns mengalami kecederaan patah tulang pipi dan gambarnya diambil dalam keadaan darah yang masih mengalir daripada pipinya

Gempar! Harimau bintang selamba masuk hotel
Imej rakaman CCTV menunjukkan haiwan terbabit berlegar-legar di lobi hotel.

Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan
Pegawai jabatan hidupan liar di Idaho diberhentikan perkhidmatan semalam selepas fotonya bersama keluarga baboon dan hidupan liar dibunuh semasa aktiviti pemburuan dijalankan di Afrika September lalu.

Buruh ladang diserang harimau kumbang
Seorang buruh ladang warga Indonesia terpaksa menerima 50 jahitan akibat dicakar ketika bergelut dengan seekor harimau kumbang di Ladang Sawit Tanah Rancangan Felda Perasu di sini semalam.