KUALA LUMPUR: Unit ganti dianggarkan bernilai RM2.5 juta ditawarkan oleh pemaju bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini dianggap lumayan namun penduduk mendakwa perjanjian tersebut masih samar dan tiada jaminan masa depan buat mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru, Lele Suzana Kudari berkata, kos pampasan melalui unit gantian yang ditawarkan itu dianggap belum memadai memandangkan penduduk tidak yakin projek tersebut mampu dilaksanakan atau sebaliknya.
Menurutnya, penduduk tidak diberi banyak pilihan sebaliknya tawaran terakhir yang diberikan melalui sesi libat urus pada 7 Jun lalu merupakan tawaran 'kitar semula' yang diberikan oleh pemaju pada 2017.
"Pemaju seolah tak nak berbincang dan masih mahu mengekalkan tawaran sama, yang sudah ditolak awal.
"Penduduk patut diberi tawaran lebih baik dalam bentuk tunai dan unit. Kalau bagi unit saja, kita tak tahu masa depan kita, kalau projek tak jalan apa akan jadi kepada penduduk. Jaminan itu tak ada.
"Kalau pemaju benar-benar berminat dengan tanah kami dan mereka ada duit untuk bangunkan tanah ini, mereka patutnya boleh datang dan berikan lebih daripada satu tawaran kepada kami bukan konsep 'take it or leave it'," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Setakat ini seramai 291 penduduk telah bersetuju dengan usahasama pembangunan semula kawasan itu manakala 37 pemilik rumah teres masih membantah pengambilan tanah bagi tujuan itu.
Susulan isu pengambilan tanah yang gagal mencapai kata sepakat itu, Lele Suzana meluahkan kebimbangan sekiranya proses Akta Pengambilan Tanah 1960 melibatkan sesi pendengaran kedua yang ditangguhkan sejak Disember lalu disambung semula dalam masa terdekat.
"Kami sangat risau, apa akan jadi dengan nasib kami apabila Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Yasir Yahya maklumkan akan kuat kuasa kembali proses pendengaran kedua itu.
"Rumah kami sudah habis bayar dan tiada hutang. Kebanyakan yang tinggal di sini sudah pencen, kemudian mahu ambil tanah kami di tengah bandar begitu sahaja tanpa pampasan yang setimpal. Pada saya ini memang tidak adil.
"Kami bayar cukai pintu, cukai tanah, jaga kawasan perumahan kami tetapi jika kerajaan mahu ambil tanah tanpa menekankan pampasan setimpal, pada saya itu sudah melanggar hak asasi manusia," katanya.
Beliau sekali lagi memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan berhubung isu pengambilan tanah tersebut bagi memastikan penduduk dan pemaju mencapai kata sepakat dan situasi menang-menang buat kedua belah pihak.
Pada Isnin, Muhammad Yasir menerusi kenyataan media dikeluarkan memberitahu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bersetuju pengambilan tanah diteruskan kerana proses tersebut telah pun dilaksanakan dengan sempurna dan majoriti penduduk bersetuju di atas pembangunan semula Kampung Sungai Baru.
Jelasnya, satu pertemuan antara penduduk yang terlibat akan diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi memberi penerangan dan juga penjelasan untuk membolehkan semua pihak yang terlibat dalam situasi menang-menang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 29 2022
Bantahan penduduk isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru yang diadakan pada 16 April lalu. -Foto Sinar Harian
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Jalan Masjid India dibuka sepenuhnya kepada orang awam - Datuk Bandar
Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus Ogos lepas, dibuka sepenuhnya kepada orang awam hari ini.
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.