KLANG: Kerajaan Selangor meminta semua penduduk yang tinggal di sekitar daerah Klang, Kuala Selangor serta kawasan berhampiran, supaya sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan amaran fenomena air pasang besar bermula esok.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata amaran berhubung fenomena itu telah dihebahkan kepada umum bermula semalam, dengan dijangka esok paras air pasang besar akan melebihi ketinggian lima meter.
"Kita sudah beri amaran kepada umum berkenaan air pasang tinggi pada esok, 14 dan 15 Sept ini, ketinggian lebih lima meter. Itu paras yang tinggi. Pada 17 dan 18 Dis tahun lalu tidak sampai 5.4 meter pun, sehingga 4.7 hingga 4.8 meter," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses naik taraf sistem saliran di Taman Melawis, di sini hari ini.
Amirudin berkata buat masa ini, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan panas berlakunya banjir termasuk di sekitar Taman Melawis, dengan beberapa langkah jangka masa pendek akan dilaksanakan kerajaan negeri iaitu menambah jumlah pam bagi mempercepatkan aliran keluar air.
Mengulas berhubung mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir pada Isnin ini, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan mengusulkan berhubung persediaan kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk dihantar lebih awal ke kawasan kerap berlaku banjir.
Katanya ini bagi mengelakkan berlaku situasi panik seperti peristiwa banjir Disember lalu, dengan kebanyakan kelengkapan PPS diletak secara berpusat dan ia menyukarkan proses penghantaran apabila banyak jalan raya ditenggelami air.
Sementara itu, Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan, bulan ini paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada Isnin ini (12 Sept) iaitu 5.5 meter pada 7.18 pagi manakala pada esok, 13 dan 28 Sept pula pada paras 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.
"Pada 14, 27 dan 29 Sept, paras air laut pada 5.3 meter sekitar jam 6.52 pagi hingga 8.16 pagi. Penduduk Klang diingatkan bersedia menghadapi fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut (MTL) mulai September hingga Disember depan, yang boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban," menurut hantaran itu.
Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menerusi akaun video di Tiktok rasminya memaklumkan, sebanyak 13 kawasan di sekitar Kuala Selangor berpotensi untuk berlakunya kejadian banjir susulan air pasang besar serta hujan berterusan bermula semalam hingga esok.
"Antara kawasan berpotensi adalah Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang, Pekan Sungai Buloh, Pekan Kuala Selangor, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan dan Bagan Pasir Tok Adam," kata menerusi video berdurasi 1.39 minit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
Buat masa ini, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan panas berlakunya banjir termasuk di sekitar Taman Melawis.- Gambar fail
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Penduduk Klang, Kuala Selangor diminta bersedia risiko banjir susulan air pasang besar
Penduduk daerah Klang dan Kuala Selangor serta kawasan berhampiran, supaya sentiasa peka terhadap risiko banjir berikutan air pasang besar bermula esok.