KUANTAN: Masalah mekanikal pam yang berlaku di Rumah Pam Kobat menyebabkan 80,650 penduduk di Kuantan berdepan dengan gangguan bekalan air bermula tengah malam Rabu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), bagaimanapun bekalan air kembali pulih dijangkakan akan dimaklumkan kemudian.
Kawasan yang berdepan dengan masalah air ialah di seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Maritim, Bandar Damansara dan Taman Dato’ Rashid.
“Seterusnya Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan dan kawasan sekitarnya.
“Seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III,MCKIP, seluruh kawasan Pelabuhan dan kawasan sekitarnya turut mengalami masalah sama,” katanya.
Kawasan lain turut terjejas, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri dan kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah serta kawasan Alor Akar.
Selain itu, kawasan di Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri dan kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja dan kawasan sekitarnya.
Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih dan kawasan sekitarnya.
Disamping itu, seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Cenderawasih dan kawasan sekitarnya.
“Seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian Tg.Pasir dan kawasan sekitarnya juga berdepan dengan gangguan bekalan air.
“Kawasan Indera Mahkota 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah & Tanah, SBPI, pejabat utama Paip, Terminal Sentral, Bomba Indera Mahkota, Widad dan kawasan sekitarnya,” demikian menurut kenyataan terbabit.
Pengguna boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999, jika terdapat sebarang aduan dan pertanyaan.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Aug 11 2022

Kawasan yang berdepan dengan masalah air ialah di seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.