LANGKAWI: Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa melalui pembelian tiket secara dalam talian selepas Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd menambah baik sistem itu selewat-lewatnya pada 1 Okt nanti.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi konsortium itu Kapten Baharin Baharom berkata bagaimanapun, surcaj RM1 akan dikenakan bagi pembelian secara dalam talian untuk dibayar kepada ejen yang mengendalikan jualan tiket berkenaan.
"Tetapi, surcaj itu tidak akan dikenakan kepada golongan ini sekiranya membeli tiket secara terus di kaunter," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Sebelum ini, penduduk Langkawi, golongan OKU dan warga emas menikmati potongan harga menerusi pembelian di kaunter sahaja.
Khamis lepas, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang terbesar di negara ini mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu feri sebanyak RM3 ke RM3.50 bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa Jumaat lepas.
Bagaimanapun, kadar tambang bagi penduduk Langkawi serta OKU dan warga emas berusia 60 tahun ke atas kekal bagi kedua-dua laluan feri berkenaan bagi pembelian di kaunter dan harganya sama seperti penumpang lain jika membeli secara dalam talian.
Ketika ini, kadar tambang penduduk di pulau ini bagi dewasa dan kanak-kanak dari Langkawi-Kuala Perlis dan Kuala Perlis-Langkawi adalah RM15 dan RM10 manakala RM10 dan RM13 bagi golongan OKU dan warga emas.
Harga tambang dewasa dan kanak-kanak dari Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi pula pada kadar RM20 dan RM14 manakala OKU dan warga emas masing-masing RM14 dan RM17.
Sementara itu, kadar tambang baharu bagi golongan dewasa dan kanak-kanak warganegara untuk laluan Langkawi-Kuala Perlis dan Kuala Perlis-Langkawi meningkat RM3 kepada masing-masing RM21 dan RM16.
Bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi pula kadar baharu adalah RM26.50 bagi golongan dewasa warganegara berbanding RM23 sebelum ini manakala RM20.50 bagi kanak-kanak warganegara iaitu meningkat sebanyak RM3.50.
Dalam pada itu, Baharin memberi jaminan perkhidmatan feri akan ditambah baik dari semasa ke semasa selaras dengan kenaikan kadar tambang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa melalui pembelian tiket secara dalam talian. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian
Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa.