MUKAH: Setelah sekian lama dibelenggu dengan liputan internet lembab, penduduk sekitar Mukah terutama di kawasan luar bandar, kini sudah dapat berhubung dengan keluarga dan sanak-saudara dengan panggilan video.
Kenikmatan itu adalah hasil pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu (2020-2022) di Sarawak, yang melibatkan naik taraf menara komunikasi sedia ada ke teknologi 4G bagi menambah baik perkhidmatan jalur lebar dan sebagai persediaan peralihan kepada 5G.
Selain merapatkan jurang komunikasi antara bandar dan kawasan pedalaman, inisiatif itu juga adalah seiring dengan usaha kerajaan Sarawak, yang memacu dan memantapkan lagi penggunaan ekonomi digital untuk rakyat negeri berkenaan.
Tuai rumah panjang di Jalan Balingian-Matadeng Kumbong Anak Nyagang, 65, berkata perkhidmatan yang dinaik taraf itu, telah dapat mengubati rindunya kepada anak dan cucu yang tinggal di bandar lain seperti Bintulu dan Miri, demi mencari rezeki dan jarang dapat pulang kerana kos pengangkutan yang mahal.
"Sebelum ini perkhidmatan (telekomunikasi) di kawasan sekitar amat menguji kesabaran penduduk sebab hanya dapat membuat panggilan telefon, dan kadang-kadang pun kurang memuaskan sebab putus-putus," katanya kepada Bernama.
Namun setelah menara komunikasi yang dahulunya menawarkan teknologi 3G dan kini ditambah baik kepada 4G, kawasan sekitar yang didiami kira-kira 1,000 penduduk kini dapat menikmati komunikasi dalam talian dan melayari internet, untuk mendapatkan berita terkini dan sahih serta hiburan menerusi aplikasi media sosial.
"Syukur bila ada perkhidmatan 4G. Tidak macam dulu hanya dapat buat panggilan telefon dan itupun kadang-kadang kena keluar ke jalan utama untuk mendapatkan isyarat," katanya.
Menara telekomunikasi di Simpang Ulu Bayan siap pada 2020 dengan perkhidmatan 2G dan 3G disediakan ketika itu, namun di bawah inisiatif JENDELA fasa satu, menara itu dinaik taraf kepada 4G yang meliputi 11 rumah panjang.
Simpang Ulu Bayan adalah kawasan luar bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari pekan Mukah.
Tuai rumah panjang Sungai Bedengan Ulu, Kalang Anak Mada@Madal, 64, juga berpuas hati dengan penambahbaikan dari segi infrastruktur dan kesinambungan yang dilakukan di kawasan luar bandar, kerana ia membolehkan perkhidmatan dalam talian untuk pelbagai jenis urusan dan pembayaran dilakukan.
"Kelajuan telefon dan internet di sini sebelum dinaik taraf amat lembab sampai kadang-kadang tiba-tiba isyarat hilang. Dulu untuk membuat urusan penting perlu berjalan keluar ke jalan besar dalam dua kilometer semata-mata untuk mencari isyarat.
"Tapi kini selepas menara dinaik taraf dengan menawarkan kelajuan 4G lebih senang membuat urusan dalam talian, mendapatkan berita semasa dalam dan luar negara dengan lancar tanpa sebarang sekatan, dan memudahkan anak-anak muda mengikuti pembelajaran secara dalam talian," katanya.
Seorang penduduk, Wilson Anak Bantin, 17, yang hanya pada tahun ini memiliki telefon bimbit berkata kesinambungan yang lebih baik memudahkannya untuk mengikuti pembelajaran dalam talian tanpa masalah serta berhubung dengan rakan-rakan yang berada di daerah lain.
"Ketika saya belajar di Tingkatan Tiga dahulu, seingat saya untuk mendapatkan talian itu sukar. Saya kena berjalan keluar dari rumah semata-mata untuk mencari isyarat.
"Tetapi sekarang dalam rumah pun saya dapat melayari internet dan menggunakan telefon tanpa sebarang halangan, terutama waktu COVID-19 yang banyak mengubah cara berkomunikasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Penghuni rumah panjang Sungai Bedengan Ulu, Mukah kini dapat melayari perkhidmatan internet dengan kelajuan 4G. - Foto BERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
203 menara telekomunikasi JENDELA Fasa 1 di Sabah siap - Fahmi
Fahmi berkata bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 2, sebanyak 2,700 lokasi menara telekomunikasi dikenal pasti termasuk di kawasan terpencil, bukit bukau dan pulau-pulau.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.
Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.