SUDAH berdekad lamanya, isu sama masih belum selesai.
Penduduk mendakwa, aduan sudah banyak kali disuarakan namun seolah-olah dipandang sepi.
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.
Demikian antara keluhan penduduk Kampung Tanjung Sepat di Sepang, yang sehingga kini runsing dengan kewujudan banyak ladang ternakan babi yang telah menghantui mereka sejak puluhan tahun lau.
Bau busuk, air dalam parit dan anak sungai yang kotor serta berwarna hitam mengalir terus ke laut merupakan antara isu utama yang sering dibangkitkan mereka.
Tinjauan Astro AWANI mendapati air dalam beberapa longkang berhampiran kawasan ladang babi tersebut berwarna gelap malah, ada juga yang berwarna hitam seperti digambarkan penduduk.
Malah, ketika berada di situ, bau dari ladang itu sangat kuat dan seperti ‘melekat’ pada baju bahkan sampai ke dalam kereta.
Penduduk, Misnun Kaiman, 56, yang merupakan antara orang lama di Kampung Tanjung Sepat, memberitahu isu ladang babi berhampiran kampung itu sudah terlalu lama malah mencecah kira-kira 50 tahun.
Bahkan katanya, ia sudahpun wujud ketika dia lahir pada tahun 1966 malah dakwanya, lebih awal dari itu lagi.
“Perkara ini dah lama, baunya makin tak tahan walaupun kita kampung berada di sebelah kan, tapi kalau angin tu, dia ikut angin, bau lagi kuat.
“Kalau lalu di tempat dia, lagilah (kuat baunya). Terpaksa tahanlah, habis macam mana, kita dah bantah pun, tak tahulah…tak jalan juga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk, Mohd Helmi Ngadimin, 39, berkata sudah tiba masanya isu tersebut menemui titik noktahnya.
Dia juga tidak mahu isu tersebut menjadi modal pilihan raya, ditabur pelbagai janji ketika berkempen namun apabila sudah menang, semuanya hilang, langsung tak nampak bayang.
“Kami sendiri ada hak. Saya mewakili kawan-kawan, adik-adik dan penduduk kampung. Saya rasa dah sampai masanya kandang babi ini dah tiada lagi di kampung kami.
“Saya harap orang bertanggungjawab atau orang yang ada kuasa dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik, secepat mungkin.
“Saya harap isu ini tidak bangkit masa pilihan raya lagi, tapi harap ini betul-betul satu gerakan yang boleh buatkan perkara ini selesai, bukan sekadar retorik untuk pilihan raya,” ujarnya.
Harapan sama turut disuarakan golongan muda kampung itu yang bimbang keselamatan mereka ketika keluar bekerja setiap pagi yang didakwa menjadi waktu lori membawa babi keluar dari ladang di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Halif Ikmal Laili, 26, mempersoalkan mengapa isu serius seperti itu tidak diambil tindakan sewajarnya sejak sekian lama.
“Bila waktu hujan, bau terlampau kuat, Bila kita pergi kedai makan, masa hujan, bau dia memang kuat. Isu babi ni memang tak habis, dari dulu lagi.
“Kadangkala kita pelik juga, tak tahu apa orang atasan buat. Buat aduan ni dah lama, dari saya sekolah lagi, memang ada orang buat laporan tapi sama saja, tak jalan pun,” katanya.
Muhammad Syafiq Abdul Wahab pula berkata: “Dah penat bang, Kami muda, kadang nak bersuara tapi tak tahu kepada siapa.
“Kadangkala ada bau, kadangkala terserempak dengan lori, masa nak potong tapi tak lepas, itu memang sakit hati. Bau itu, pagi-pagi masa lori nak bawa babi pagi-pagi, nak pergi kerja naik motor, nak potong lori kadang tak lepas, dengan bau lagi.
“Bila tak lepas, air-air (dari lori) itu kena badan dan motosikal, memang tak boleh buat apa,” katanya.
Bagi penduduk, hanya satu jalan penyelesaian yang mereka mahukan iaitu kerajaan menutup terus semua ladang babi berhampiran kampung berkenaan tanpa kompromi kerana ia sudah terlalu lama berlarutan.
Ridauddin Daud
Tue Sep 20 2022
Penduduk meluahkan kebimbangan kerana dakwa mereka, sisa kumbahan daripada ladang babi tersebut mengalir terus ke dalam laut, sekali gus meningkatkan risiko pencemaran. - Foto/ Astro AWANI
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Lelaki meninggal dunia di tepi jalan di Tanjung Sepat positif COVID-19 - Polis
Kejadian itu dilaporkan orang awam kepada Balai Polis Tanjung Sepat kira-kira 5 petang, Rabu.
Kes bunuh dan bakar: Tertuduh OKU tidak faham pertuduhan
Mahkamah tangguh sebutan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Kuala Langat selepas tertuduh yang juga seorang OKU tidak faham tertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Tragedi Tg Sepat: Cucu nampak kelibat suspek - Polis
Satu-satunya mangsa tunggal yang terselamat dalam kejadian bunuh dan bakar di sebuah rumah di Tanjung Sepat, Sepang melibat kelibat suspek yang menetak mangsa.
Tragedi Tg Sepat: Datuk, nenek dan cucu ditetak sebelum dibakar - Polis
Siasatan polis mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada empat mangsa yang rentung. Namun punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat.