MUAR: Penduduk Kampung Sabak Awor tidak menyangka kebakaran sebuah rumah pada malam Rabu, berakhir dengan tragedi empat beradik maut kerana beranggapan kesemua mereka tiada rumah.
Limat Sawal, 63, berkata, ketiadaan kereta Perodua Kancil milik keluarga itu, membuatkan penduduk merasakan kebakaran tidak melibatkan mangsa.
"Biasanya kami jiran-jiran tengok, ibu bapa kanak-kanak tersebut akan membawa kesemua anak mereka menaiki kereta berjalan-jalan atau keluar membeli barang.
"Sewaktu kejadian, memang kami tidak nampak kereta di luar rumah. Disebabkan itu, kami semua menyangka rumah itu kosong. Jeritan penduduk, tidak disahut.
"Nyata sangkaan kami meleset, apabila bomba menemukan empat beradik itu di dalam bilik air di bahagian dapur rumah," katanya ketika ditemui pada Khamis.
Limat berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian selepas melihat api marak dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira 100 meter.
"Ketika itu saya dan keluarga sedang berbuka puasa. Apabila lihat api dari rumah jiran saya bergegas ke sana. Saya bersama jiran-jiran yang lain cuba padam kebakaran dengan menjirus air paip.
"Namun api semakin marak dan asap mula tebal. Tidak lama kemudian anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran," katanya.
Limat yang tidak dapat menahan kesedihan memberitahu, kanak- kanak tersebut kerap dilihat bermain di hadapan rumah sebelum ini.
"Ibu mereka bergaul dengan penduduk. Saya cukup sayu apabila mengenangkan kejadian ini, kerana anak-anak mereka masih kecil dan sebaya cucu-cucu saya," katanya.
Seorang lagi, penduduk Idris Sehan, 76, berkata, dia mengetahui kejadian kebakaran itu daripada penduduk ketika berada surau selepas solat tarawih.
"Saya terkejut apabila diberitahu ada rumah yang terbakar. Rumah yang terbakar itu merupakan milik sepupu saya yang disewakan kepada sebuah keluarga sejak empat tahun lalu.
"Buat masa sekarang, ibu bapa mangsa tinggal di balai raya kampung. Kami penduduk turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka," katanya.
Sebelum itu, empat adik-beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.
Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 30 2023

Idris menunjukkan keadaan rumah yang terbakar hingga mengorbankan empat beradik di Kampung Sabak Awor, Muar pada malam Rabu. -Foto Sinar Harian

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Penduduk tak sangka empat beradik dalam rumah
Ketiadaan kereta Perodua Kancil milik keluarga itu membuatkan penduduk merasakan kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Empat beradik maut kebakaran sembunyi dalam tandas cuba selamatkan diri
Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bilik air di bahagian dapur rumah mereka.