Sebilangan penduduk di Taman Mawar, Pasir Gudang di sini mengakui ada terhidu bau seperti diesel dan gas yang kuat, semalam, namun tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah berlakunya insiden beberapa murid dari dua buah sekolah berdekatan muntah dan sesak nafas, dipercayai akibat pencemaran udara.
Seorang pemilik bengkel kenderaan, Wee Chin Long, 54, berkata dia terhidu bau itu ketika berada di dalam bengkelnya.
"Bengkel saya hanya berjarak kira-kira 200 meter dari dua buah sekolah yang terjejas dan baunya memang seperti diesel dan gas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Marzuki Masjidi, 17, pula berkata dia terhidu bau tersebut sewaktu berada di padang sekolah.
"Semalam ada bau tetapi tidak fikir apa-apa sebab ini memang kebiasaan bagi kami di Pasir Gudang, hidu macam-macam bau sejak dahulu," katanya.
BACA: Murid sesak nafas ketika program rumah terbuka sekolah berlangsung
Sementara itu, S. Nagenrao, 36, berkata beliau memang ada menghidu bau pelik semalam namun tidak menghiraukannya disebabkan sudah terbiasa menghidu pelbagai bau aneh yang dilepaskan dari kilang berdekatan.
"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana kawasan perumahan saya (Taman Mawar) ini berdekatan dengan kilang kimia dan kilang itu pula selalu melepaskan bau yang kurang menyenangkan," katanya.
BACA: Penduduk dakwa terhidu bau tengik sejak petang Rabu
Dalam kejadian petang semalam, 13 murid berusia antara tujuh dan 12 tahun serta dua kakitangan dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan setelah mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas akibat terdedah kepada udara yang disyaki tercemar.
Kejadian berlaku ketika murid-murid dari dua sekolah berkenaan sedang mengikuti sesi pembelajaran sebelah petang dan menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan sekolah mereka.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon dalam satu kenyataan pagi tadi berkata pihak sekolah turut mendakwa ada mengesan bau seperti Liquefied Petroleum Gas (LPG) sejak tiga hari lepas dan kemudian memaklumkannya kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
![Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561121041_PasirGudang.jpg)
Wee Chin Long menunjukkan penutup mulut dan hidung ketika ditemui Bernama di Johor Bahru, 21 Jun, 2019. --fotoBERNAMA
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan di Bau Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan di Bau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670312306_SARAWAKKEMALANGAN.jpg)
Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan di Bau
Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak telah bertindak mengeluarkan kesemua mangsa, sebelum dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Lundu, yang hadir kemudian.
![PRN Sarawak: 'Perang Saudara' di DUN Opar PRN Sarawak: 'Perang Saudara' di DUN Opar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639289091_BillySujangGPS.jpg)
PRN Sarawak: 'Perang Saudara' di DUN Opar
'Perang saudara' bakal meletus di DUN Opar apabila penyandangnya Datuk Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berentap dengan anak saudaranya sendiri.
![Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625222478_swabtest.jpg)
Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak
Sembilan kluster baharu melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja diisytihar di Sarawak hari ini yang mana empat daripadanya dikesan di daerah Serian.
![COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626782521_SwabTest.jpg)
COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak
Satu kluster baharu, Kluster Jalan Jambusan 2 di Daerah Bau dekat sini dikesan di Sarawak hari ini setelah 11 orang pekerja di sebuah pasar raya di situ didapati positif COVID-19.
![Mangsa runtuhan batu di Gunung Tabai selamat disemadikan Mangsa runtuhan batu di Gunung Tabai selamat disemadikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616821774_meninggal.jpg)
Mangsa runtuhan batu di Gunung Tabai selamat disemadikan
Mangsa runtuhan tanah dan batu ketika melombong emas di Gunung Tabai pada Selasa lalu, selamat dikebumikan sekitar pukul 12 tengah hari, hari ini.
![Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616761424_LombongEmasMartin.jpg)
Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai
Mayat mangsa, Martin Mat Tapa, 25 tahun yang tertimbus di gua Gunung Tabai Selasa lalu berjaya dikeluarkan pada 6.25 petang Jumaat.
![Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616740521_lombong.jpg)
Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba
Hari ketiga operasi mengeluarkan mangsa dihempap batu ketika melombong emas di Gunung Tabai, Bau mendapati badan mangsa sudah mulai reput.
![Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616642446_lombongemas.jpg)
Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
Polis Sarawak akan menutup kawasan Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini, bagi mengekang aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu
![Badan hancur, jari dah putus dihempap batu dan tanah... Badan hancur, jari dah putus dihempap batu dan tanah...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616576941_Lombongemas.jpg)
"Badan hancur, jari dah putus dihempap batu dan tanah..."
Menurut bapa saudara mangsa, struktur tanah rapuh dan perkara itu menyukarkan operasi menyelamat mangsa.
![Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616576941_Lombongemas.jpg)
Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau.