BUKIT MERTAJAM: Penduduk di Taman Nagasari di sini yang bertindak meninggalkan kediaman mereka setelah mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di taman itu, digesa pulang untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Rozali Mohamud berkata rata-rata penduduk dengan kebanyakannya pekerja industri dipercayai telah meninggalkan rumah masing-masing selepas pengumuman PKPD di lokasi berkenaan, yang akan bermula tengah malam tadi hingga 17 Julai depan.
"Perbuatan seperti keluar dari lokasi itu untuk tinggal di tempat lain terutama ketika pihak berkuasa sedang giat membuat persediaan melaksanakan PKPD adalah tidak bertanggungjawab, amaran keras diberikan kepada penduduk serta majikan terbabit yang bertindak membelakangi keselamatan awam dan menyalahi undang-undang.
"Penduduk diarah untuk kembali ke kediaman masing-masing supaya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dapat melakukan saringan komuniti dengan cepat," katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.
Menurut beliau, MBSP mempunyai rekod yang lengkap untuk menjejaki mana-mana individu yang ingkar menerusi operasi bersepadu yang akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KKM.
Terdapat sebanyak 940 unit kediaman di Taman Nagasari yang dikenakan PKPD dengan 244 daripadanya untuk kegunaan industri dan 66 untuk kegiatan komersial manakala masing-masing 295 dan 335 unit lagi melibatkan rumah teres dan rumah pangsa.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung dalam kenyataan berasingan berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan melaksanakan saringan COVID-19 secara besar-besaran kepada penduduk di taman itu bermula hari ini.
Katanya, sebuah klinik bergerak akan disediakan di dalam kawasan PKPD itu bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.
"Buat masa ini, saya sedang berusaha memastikan rantaian komunikasi penduduk tidak terputus untuk membolehkan kita mengedarkan segala bantuan yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga kini sedang mengumpul maklumat berkaitan penduduk yang tinggal di dalam kawasan dalam kawasan PKPD Taman Nagasari dan meminta individu yang memerlukan bantuan agar menghubungi pejabatnya di talian 011-24184964.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021

Terdapat sebanyak 940 unit kediaman di Taman Nagasari yang dikenakan PKPD dengan 244 daripadanya untuk kegunaan industri.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Perak, dilaksanakan bermula 18 Disember sehingga 31 Disember.

PKPD dilaksanakan di PUSPEN, Sg Ruan, Raub - MKN
PKPD akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Raub, Pahang.

Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD, hari ini.

Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan hari ini.

Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.

PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Raub bermula esok
Tiada lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada hari ini.

PKPD: Tiada lokaliti baharu, dua ditamatkan
Tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini.