Mengapa Saya Masih Memetik Gitar – Perjalanan Kerohanian: Cat Stevens menjadi Yusuf Islam, bukanlah sebuah memoir biasa. Buku ini lebih kepada kajian jiwa Cat Stevens terhadap hukum ke atas dirinya bermain muzik di dalam konteks Islam meskipun buku ini bukan-lah sebuah tesis untuk mana-mana universiti.
Hasil kerja keras terjemahan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dari naskah asalnya Why I Still Carry A Guitar – The Spritual Journey of Cat Stevens to Yusuf, terbitan Motivate Publishing ini adalah sebuah buku yang istimewa.
Di hari pelancaran buku versi bahasa Melayu ini pada 1 Mei lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Cat Stevens menegaskan bahawa segalanya adalah halal! Bergantung pada diri kita yang menentukan haram atau tidak.
Cat Stevens seorang pencari. Dia bukan-lah manusia yang hanya duduk diam dan terima apa saja yang datang dan pergi. Sama seperti Jean Paul-Sartre, Franz Kafka, Friedrich Nietzsche dan Albert Camus, Cat Stevens juga mempertanyakan kewujudan manusia dan alam semesta dan pertanyaan ini dicoretkan di dalam lagu-lagu karangannya. Bingung dan buntu dengan pertanyaan yang tidak bertemu jawapan itu telah membawanya meneroka falsafah dan agama seperti Hinduisme, Taoisme, Zen, vegeterianisme dan numerologi di samping anutan Kristianiti yang kuat.
Bayangkan, Cat Stevens – lagenda hipi yang masih hidup dan menjelma pula pada hari ini sebagai Yusuf Islam. Anak muda yang terpengaruh dengan budaya sex, drugs and rock & roll harus bertemu dengannya. Setidak-tidaknya hanya mengambil aura yang pernah ada padanya suatu ketika dahulu. Jika tidak berpeluang, membaca buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar pun sudah memadai.
Cat Stevens bukanlah hipi ikut-ikutan. Cat Stevens seperti George Harrisson, John Lennon, Jimi Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison adalah hipi sejati.
Seperti yang dikatakan tadi, Cat Stevens seorang pencari. Apa yang dicari, semuanya tertulis dalam lagu-lagunya. Sehingga terjadi beberapa peristiwa yang menimpa dirinya seperti diserang penyakit batuk kering, lemas di laut Malibu dan menerima hadiah harijadi daripada abangnya, David ketika melawat tanah suci Jerusalem iaitu senaskah al-Quran.
Bermula detik itu, Cat Stevens mula menemui jawapan yang dicari selama ini – satu pegangan yang yakin lagi selamat untuk menempuh kehidupan di dunia yang liar (bak lagunya “Wild World”) ini, iaitu Tuhan. Hanya Tuhan jawapan kepada segalanya. Bukan-lah bermaksud agama lain tiada Tuhan tetapi jalan Islam lebih meyakinkan beliau untuk berTuhan.
Pun begitu, sejak 1977, Cat Stevens mula mengasingkan dirinya dari dunia muzik yang dihukumnya sebagai rosak dan hedonisme. Beliau mula mendalami agama baharunya dan menjalani kehidupan yang sihat dengan nama baharu – Yusuf Islam. Namun, jauh di sudut hatinya, ada getaran yang dinafikan.
Meskipun Cat Stevens memujuk getaran di jiwanya dengan membawa lagu-lagu nasyid bahasa Inggeris, di mana genre muzik ini hanya memerlukan perkusi sahaja sebagai ensemble tetapi jiwanya masih lagi bergetar dan doa jiwanya termakbul apabila anaknya sendiri menghadiahkan beliau sebuah gitar.
Dilema antara hukum halal dan haram, antara Cat Stevens dan Yusuf Islam, antara hamba dan Tuhan – segalanya terjawab di dalam Mengapa Saya Masih Memetik Gitar – Perjalanan Kerohanian: Cat Stevens menjadi Yusuf Islam dengan harga RM35 (kulit lembut) dan RM60 (kulit keras).
Buku ini boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia dan rangkaian kedai buku utama seluruh negara selain boleh dibeli secara atas talian menerusi laman e-Beli-belah ITBM di ecommerce.itbm.com.my.
Daily Seni
Sat May 23 2015
![Penempuhan Cat Stevens sebagai Yusuf Islam Penempuhan Cat Stevens sebagai Yusuf Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432308666_295x200.jpg)
Buku ini lebih kepada kajian jiwa Cat Stevens terhadap hukum ke atas dirinya bermain muzik di dalam konteks Islam. - Foto Fail
![ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738824440_MohamadHasan.jpg)
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
![Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738835598_Tangkapan.jpg)
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
![Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738834689_IrIzhamHashim.jpg)
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.