KUALA LUMPUR: Peneraju sektor tenaga meminta institusi kewangan menawarkan sokongan pembiayaan yang lebih baik untuk industri tenaga boleh diperbaharui (RE) memandangkan potensi besarnya pada masa hadapan.
Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd, Mohd Yusrizal Mohd Yusof memuji ketersediaan meluas dalam opsyen pembiayaan di pasaran tetapi berharap struktur serta kadar pinjaman dapat dikaji semula.
Pelabur dan bank perlu melihat kaedah yang lebih inovatif untuk menstrukturkan kadar kewangan yang lebih baik, kata Mohd Yusrizal pada Forum Pandangan Jauh Perniagaan 2022, anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) di sini semalam.
Beliau merupakan salah seorang penceramah dalam sesi bertajuk 'Melabur dalam Masa Hadapan Tenaga Boleh Diperbaharui', bersama Presiden Persatuan Industri Fotovoltan Malaysia Davis Chong dan Ketua Skala Utiliti Gentari Sdn Bhd, RE Malaysia, Zulkifli Salim.
Chong ketika mengulas mengenai cabaran lain mencadangkan agar Suruhanjaya Sekuriti (SC) menubuhkan pasukan petugas mengenai perubahan iklim dan pendedahan kewangan untuk mencontohi pelaksanaan yang serupa dalam peraturan pasaran modal negara maju.
"Ini akan menguatkuasakan semua pemain industri tersenarai dalam pasaran modal agar benar-benar mendorong pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan lebih cepat," katanya.
Ketidaktentuan semasa dalam pasaran pertukaran asing juga menimbulkan risiko kepada industri memandangkan peratusan besar daripada jumlah kos pembelian peralatan dalam projek solar berada dalam denominasi dolar US.
Dalam sesi yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga,Abdul Razib Dawood selaku moderator mencadangkan penubuhan bank hijau dan dana kelestarian bagi membiayai projek mesra alam di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Suruhanjaya Sekuriti dicadang menubuhkan pasukan petugas mengenai perubahan iklim dan pendedahan kewangan untuk mencontohi pelaksanaan yang serupa dalam peraturan pasaran modal negara maju.
Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.
ASEAN 2025 | 20 Jan
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
1. Malaysia gesa pasukan petugas jenayah siber ASEAN mirip Interpol
2. ASEAN jadikan Australia rakan dialog baharu sektor pelancongan
3. Presiden Indonesia mohon maaf berhubung kelewatan bantuan makanan
Datuk bandar China, ASEAN bincang keterbukaan bandar, kerjasama
Datuk Bandar, wakil dan pakar dari China dan negara-negara ASEAN berkumpul di Nanning, China untuk membincangkan mengenai keterbukaan dan kerjasama bandar pada satu dialog yang dirasmikan minggu lalu.
Malaysia gesa tubuh pasukan petugas mirip INTERPOL
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penubuhan sebuah pasukan petugas jenayah siber bagi menangani ancaman siber di rantau ASEAN.
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
ASEAN tampil beberapa konsensus pertingkat pelancongan
Lintas langsung bersama Wartawan Syaff Shukri yang membawakan perkembangan dan rangkuman ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 dari Johor Bahru.
Pantau Agenda Reformasi: Trump angkat sumpah, apa nasib Palestin?
Ikuti ulasan Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim mengenai jangkaan terhadap situasi di Gaza susulan Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Prabowo minta maaf kelembapan program makanan percuma
Presiden Indonesia, meminta maaf kepada penerima program makanan percuma di negara itu kerana kelembapan pengedaran makanan seperti yang dirancang.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP semakin hampir ambil alih MAHB
Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Malaysia lakar perdagangan luar biasa capai RM2.88 trilion
Nilai perdagangan Malaysia meningkat 9.2 peratus kepada rekod tertinggi RM2.879 trilion pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion.
Peneraju sektor tenaga minta inisiatif baharu bagi pembiayaan RE
Mohd Yusrizal berharap struktur serta kadar pinjaman dapat dikaji semula.