Penerbangan pesawat Firefly dari Subang ke Kerteh yang dijadualkan berlepas jam 5 petang tadi ditunda disebabkan keadaan jerebu di Terengganu.
Menurut salah seorang penumpang pesawat terbabit, beliau dimaklumkan oleh pegawai syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang bahawa penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada 7.15 malam.
"Kami telah mendaftar masuk tetapi pegawai penerbangan membuat pengumuman kapal terbang tidak dapat berlepas ikut jadual," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pengumuman itu juga memaklumkan bahawa pendaratan penerbangan itu akan dilencongkan ke Kuala Terengganu.
"Dari sana (Kuala Terengganu) kami akan dibawa menaiki bas untuk ke Kerteh," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan menjelaskan setakat ini hanya penerbangan ke Kerteh itu yang terjejas akibat masalah jerebu.
"Kita terpaksa melencongkan penerbangan pesawat FY2006 dari Subang ke Kerteh kerana jarak ketampakan kurang dari 800 meter," katanya.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan Indeks Pencemaran Udara di kawasan berdekatan Kerteh iaitu Paka mencatatkan indeks tidak sihat iaitu 108 setakat 5 petang tadi.
Bernama
Mon Sep 14 2015
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong mengesahkan kejadian dan menjelaskan setakat ini hanya penerbangan ke Kerteh itu yang terjejas akibat masalah jerebu. -Gambar fail
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
Faktor cuaca punca Rock Warrior Music Festival ditangguhkan
Acara Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung 23 dan 24 Novemberi ini akan ditunda ke satu tarikh baharu sekitar Mei 2025.
Pembukaan jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop ditunda Mei depan - JKR
Tarikh permulaan operasi itu terpaksa ditunda daripada jadual asal disebabkan terdapat beberapa faktor yang masih perlu diperhalusi.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke tarikh baharu September 2023 - OCA
Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 Sept tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 Sept hingga 8 Okt 2023.
Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda
Pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.
MoU PDI Malaysia-Indonesia libatkan pembantu rumah ditunda 1 April ini - Saravanan
Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini.
Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September
Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September ini, telah ditunda ke 13 September, 2021.
Sukan SEA Hanoi ditunda ke 2022 - MOM
Setelah beberapa siri perbincangan sebelum ini, Kejohanan Sukan SEA ke-31, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Nov hingga 2 Dis depan di Hanoi, akhirnya akan ditunda ke tahun hadapan.
Bukan esok, pengurusan kes Neelofa, PU Riz ditunda ke 15 Julai - Peguam
Tarikh pengurusan kes berkenaan ditangguhkan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Liku-liku perjalanan calon SPM 2020 ketika tempoh pandemik
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disifatkan sebagai yang paling mencabar kepada calon.