Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Wilayah Utara Australia hari ini selepas menghadapi masalah teknikal pada salah satu daripada enjinnya.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan malam ini berkata pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari itu dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.
"Keselamatan tidak pernah dikompromi dan kapten yang bertugas mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan itu bagi mendapat bantuan teknikal," katanya.
Menurut kenyataan itu penumpang berkenaan akan berlepas dari Alice Springs ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH148 esok (19 Jan).
"Penerbangan itu dijadualkan berlepas dari Alice Springs pada pukul 5.45 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.50 malam pada hari yang sama."
MAB juga berkata syarikat itu berusaha untuk membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka.
Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat MAB, Adlina Azharuddin ketika dihubungi Bernama berkata kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, malah kesemua penumpang sudah diberikan penginapan hotel, makanan dan pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018

MAB berusaha membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka. - Gambar hiasan

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dilencongkan ke Alice Springs
Pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari itu dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.