Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Seri Johan Abdullah.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata penerbangan pergi terakhir pula ialah pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 Sept.
"Sebanyak 81 penerbangan sewa khas akan digunakan bagi operasi haji tahun ini, menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan 41 pesawat Flynas.
"Jenis-jenis pesawat yang akan digunakan ialah A380 bagi MAB manakala Flynas pesawat B747 dan A330," katanya pada sesi taklimat operasi Haji 1439H di Kompleks TH, di sini hari ini.
Beliau berkata kuota haji rasmi tahun ini kekal 30,200 jemaah dengan kadar bayaran turut kekal pada RM9,980 seorang, walaupun kos keseluruhan haji meningkat 15 peratus iaitu RM22,250 berbanding RM19,550 tahun lepas.
Johan berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 600 petugas TH akan terlibat dalam operasi haji tahun ini meliputi pelbagai bidang termasuk kesihatan dan membimbing jemaah.
Beliau berkata selain itu, operasi musim haji tahun ini bagi jemaah dari Lembah Klang dan negeri sekitarnya bakal mencatat sejarah apabila pertama kali dilaksanakan di kompleks baharu menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 36 tahun sejak 1982.
Katanya Kompleks TH baharu itu yang akan dilancarkan pada 13 Julai ini, terletak di lokasi strategik berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jarak perjalanan singkat kira-kira 10 minit berbanding satu jam dari Kompleks TH Kelana Jaya.
Ruang pelepasan kompleks yang lebih besar akan memberi keselesaan kepada jemaah dengan dua penerbangan boleh dikendalikan dalam satu masa berbanding hanya satu di Kompleks TH Kelana Jaya.
"Persiapan bagi musim haji kali ini telah dibuat awal tetapi masih ada kelengkapan perlu dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang memberi taklimat pada majlis itu berkata kemudahan tambahan lain yang disediakan ialah tiga blok hotel bertaraf empat bintang dengan 333 bilik yang boleh ditempah jemaah haji dan keluarga mereka.
Selain itu, 600 parkir bertingkat turut disediakan di hotel tersebut dengan tambahan 800 petak parkir di Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak berdekatan kompleks tersebut.
"Kita juga sudah berbincang dengan polis trafik supaya maklumkan kepada semua waris yang menghantar jemaah haji supaya tidak meletak kenderaan di tepi jalan dan hanya parkir di tempat yang disediakan tetapi pemandu boleh turunkan penumpang dan bagasi di dalam kawasan kompleks di bahagian Anjung Tinjau," katanya.
Bagi memastikan semua proses berjalan lancar, beliau berkata satu simulasi melibatkan 500 bakal jemaah haji dari sekitar Lembah Klang akan diadakan pada 5 Julai ini di kompleks tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018

Kuota haji rasmi tahun ini kekal 30,200 jemaah dengan dengan kadar bayaran turut kekal pada RM9,980 seorang. - Gambar hiasan

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah minta rasuah lebih RM150,000
Seorang bekas pegawai bank didakwa atas 26 pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM153,622.47 daripada sebuah firma guaman dari 2018 hingga 2023.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.
[TERKINI] Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.
Pengeluaran tidak penuhi permintaan antara cabaran utama
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri durian Malaysia dalam mengekalkan daya saing durian segar adalah pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
[TERKINI] Mahkamah: warga emas dituduh hina Agong
Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion - Duta
Tahun 2024 juga memaparkan pemulihan perdagangan dua hala bagi Malaysia dan Vietnam yang susut sebanyak 10.6 peratus pada 2023.

Msyuarat Kumpulan Kerja ADSOM buka tirai pemukiman ADMM di Pulau Pinang
Lebih 150 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN dijangka menghadiri pemukiman kali ini.

KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.

Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.

Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya 31 Julai
Sehingga 23 Jun 2023, pembayaran IKH dan TNT telah selesai 100 peratus di sembilan negeri.

Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna baca artikel - Musk
Fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna.

'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."

Apple Pay akhirnya tiba di Malaysia
Ciri itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch.

Perkhemahan, parkir kenderaan di Pantai Air Papan akan dikena bayaran mulai 1 Julai
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Guru rugi RM45,500 diperdaya pelaburan menerusi Telegram
Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram.

PEMULIH: Kerajaan laksana Program Subsidi Upah 4.0, tiada lagi syarat had gaji - PM
Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 billion menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.