KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.
Dalam satu paparan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata sekiranya masyarakat leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia serta berkemungkinan menyebabkan negara menghadapi satu lagi "pertempuran" dengan virus COVID-19.
"Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada populasi di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan COVID-19.
"Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu," katanya.
Selain itu, beliau mengingatkan individu yang disahkan postitif COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif supaya segera menjalani pengasingan atau kuarantin agar tidak mendedahkan orang lain terhadap risiko jangkitan.
Sementara itu, dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata varian Delta COVID-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.
BACA: Varian Delta boleh membiak dalam hidung - Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: Malaysia catat 22,262 kes positif baharu, dengan Selangor 7,011 kes
Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak.
"Virus yang membesar itu boleh berjangkit sebagaimana mereka yang tidak divaksin, bermakna mereka yang sudah divaksin boleh merebakkan virus ini dan menjangkiti yang lain, "katanya.
Dr Noor Hisham berkata biarpun kemungkinan jangkitan kepada mereka selepas divaksin boleh menjangkiti yang lain, individu yang sudah divaksin masih lagi terlindung daripada jangkitan dan bahaya kematian.
"Tambahan pula ia mengurangkan kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi. Oleh itu tolong dapatkan suntikan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Pahang benar pasar malam kembali beroperasi untuk mereka lengkap vaksinasi
Kerajaan negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan bundle (pakaian atau kasut terpakai) dan but kereta kembali beroperasi hanya kepada pengunjung lengkap vaksinasi mulai hari ini.

Penerima dua dos vaksin jangan salah guna hak istimewa pelonggaran sekatan - Dr Noor Hisham
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.

Individu luar lengkap dua dos vaksin boleh masuk Sarawak
Individu yang ingin memasuki Sarawak boleh berbuat demikian dengan menunjukkan bukti pengambilan dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Kebenaran makan di kedai: Peniaga sedia sambut pelanggan lengkap vaksinasi
Rata-rata pemilik restoran membuat persediaan rapi bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) para pelanggan.

Kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin berkuat kuasa hari ini
Antara kelonggaran diberikan termasuk pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan - Ismail Sabri
Kelonggaran merentas daerah dan negeri bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

Peruncit, pusat beli-belah minta dibenar beroperasi dengan 70 peratus pekerja lengkap divaksinasi
Persatuan-persatuan ini yakin risiko akan mudah diuruskan untuk semua premis di pusat beli-belah membuka perniagaan mereka apabila syarat-syarat ini dilaksanakan.

95 peratus Ahli Parlimen sudah selesai dua dos vaksin - Azhar
Sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah mendapat dua dos vaksinasi COVID-19 sebelum Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini.

732,322 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham Baba
Sejumlah 732,322 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

COVID-19: Fauci beri amaran agar saranan dua dos vaksin dipatuhi
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberi amaran supaya regimen dua suntikan dos bagi vaksin COVID-19 yang diluluskan dipatuhi.