KUALA LUMPUR: Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) memohon kerajaan menaikkan elaun dinikmati penerima pingat supaya ia seiring dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini.
Salah seorang penerima pingat itu, pesara polis Datuk Paul Tiong berkata, jika elaun ini dinaikkan, ia membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan dan sentiasa menghargai jasa serta pengorbanan bekas perajurit sepertinya dalam menentang pengganas komunis.
"Pada tahun 2009, Dewan Rakyat meluluskan kenaikan elaun pingat ini kepada RM2,000 sebulan. Namun, kos sara hidup ketika ini semakin meningkat, jadi wajar untuk kerajaan mempertimbangkan kenaikan elaun ini memandangkan hanya tinggal lima orang sahaja (penerima pingat SP)," katanya dalam sidang media di Muzium Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata menaikkan elaun dinikmati penerima pingat juga adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam melindungi dan mempertahankan negara daripada ancaman pengganas komunis.
"Jika ya (dinaikkan), ini membuktikan bahawa kerajaan cakna dengan isu-isu melibatkan golongan pesara seperti kami. Ini juga bermakna kerajaan sentiasa peduli dengan nasib kami," katanya.
Dalam pada itu, seorang bekas tentera laut yang juga bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, isu pencen melibatkan pesara tentera dan polis harus diambil perhatian kerana pencen yang diterima setiap bulan tidak mencukupi.
Beliau berkata, rata-rata mereka yang menerima wang persaraan itu majoritinya golongan berpendapatan rendah atau B40.
"Kenaikan pencen setiap tahun hanya dalam puluhan ringgit sahaja. Tapi harga barang dan keperluan lain meningkat lebih lagi. Jadi, kami mohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kenaikan elaun dan juga pencen untuk golongan pesara tentera dan polis ini," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Danyal berkata semangat patriotisme harus diterap dalam masyarakat supaya rasa cinta akan negara terus mekar disamping menghargai jasa dan pengorbanan perjuangan perajurit terdahulu.
Beliau berkata jika patriotisme tidak diterapkan maka sejarah akan dilupakan dan mereka yang tidak mengenal sejarah akan sewenang-wenangnya berkata sesuatu tanpa fakta yang jelas.
"Oleh sebab itu, ada individu yang secara semberono mengeluarkan sesuatu isu tanpa fakta yang sahih. Hal sebegini boleh buat orang ramai keliru tentang sejarah dan menimbulkan kekacauan serta (isu) perkauman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Datuk Paul Tiong (kanan) yang juga pesara polis ketika sidang media di Muzium Polis Diraja Malaysia hari ini. - Foto Bernama
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
Penerima pingat SP mohon kerajaan kaji, naikkan elaun
Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) memohon kerajaan menaikkan elaun dinikmati penerima pingat.