GEORGE TOWN:Penerokaan mineral elemen nadir bumi (REE) berskala besar di kawasan tadahan Ulu Muda termasuk Sik dan Baling di Kedah yang permitnya diluluskan oleh kerajaan Kedah, akan menjejaskan bekalan air untuk 4.2 juta penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, kata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jaseni Maidinsa berkata ini kerana kawasan tadahan air di Ulu Muda ialah penghubung pertama dalam rangkaian nilai bekalan air Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang memenuhi keperluan air penduduk dan perniagaan di tiga negeri berkenaan.
"Kira-kira 70 peratus air mentah Perlis dan 96 peratus air mentah Kedah datangnya dari Ulu Muda manakala lebih daripada 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP dari Sungai Muda, di muka sauk Lahar Tiang di Pulau Pinang, berasal dari Ulu Muda.
"Justeru, Ulu Muda tidak dapat terus berfungsi sebagai kawasan tadahan air semula jadi utama untuk tiga negeri NCER jika hutan hujannya ditebang, bukitnya diratakan dan landskapnya dicalarkan oleh operasi perlombongan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kedah lulus permit teroka mineral bernilai RM60 bilion
BACA: Nadir bumi: Bukan hanya ekonomi, keseimbangan alam sekitar perlu diberi perhatian
Beliau berkata operasi perlombongan berskala besar itu juga akan menghasilkan sejumlah besar sisa toksik, serpihan dan tanah yang tercemar yang membawa kepada impak buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan.
"Operasi tersebut akan menyukarkan proses untuk melupuskan produk sampingan serta mencemarkan dan kontaminasi sistem air permukaan di Lembangan Sungai Muda di samping menjejaskan ribuan perniagaan yang berusaha untuk menghidupkan semula operasi mereka ketika pandemik global COVID-19," tambahnya.
Sehubungan itu beliau menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (NRE) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bekerjasama untuk menghentikan usaha yang disifatkannya sebagai berbahaya tersebut pada kadar segera.
"KASA, NRE dan MKN mesti memastikan bahawa Kedah tidak membahayakan keselamatan bekalan air negeri NCER iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang menyumbang sekitar RM147.8 bilion pada 2019 dan mata pencarian sebanyak 4.2 juta orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Jaseni berkata operasi perlombongan itu akan menghasilkan sisa toksik, serpihan dan tanah tercemar yang membawa impak buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan. -Gambar fail

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.

Malaysia berpotensi teroka REE bagi menyokong industri pembuatan EV - Nik Nazmi
Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri REE di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembanan EV.

SPRM cadang wujud SOP khusus berkaitan penguatkuasaan, pengeluaran nadir bumi
Azam menekankan pentingnya SOP untuk memastikan perlombongan dilakukan dengan kebenaran dan mengelakkan salah guna.

Tujuan penubuhan SG4 baik tapi perlu teliti pasaran REE dunia - Zahid
Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh empat negeri ditadbir pembangkang bagi memajukan industri memproses nadir bumi (REE) sememangnya bertujuan baik.

Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.

SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.

NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.

NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.

NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.